Mas Kahwin

Hello Salam Semua.

Ketika artikel ini keluar saya sedang bercuti kahwin ho ho aik bukan dah kahwin ke??? No 2 ekkk??? Ho ho tak lah masih yang sama la sajer je saya ambil cuti sebab biasalah kan musim cuti sekolah ramai yang amik kesempatan untuk mendirikan rumahtangga dan tak terkecuali adik sepupu saya. Oleh kerana orang rumah saya memang pakar pasal make-up me make-up nih jadi secara tak langsung saya akan mengambil tugas jadi baby siter lah pulak. Jadi sebelum bercuti saja automatikkan tulisan nih satu kelebihan blog wordpress yang saya suka.

Hari Rabu yang lalu kalo sapa tengok 360 di TV3 isu hantaran kahwin menjadi isu yang hangat. Memang belanja kahwin sekarang ni bukan macam dulu. Kata kata seorang mamat kat dalam TV tuh bahawa camana nak kahwin kalo hantaran kahwin jer dah RM10,000 tuh belum masuk part kenduri kendara dan pembelian barang hantaran. So kalo keja pun gaji diterima bawah RM1000 camana nak simpan buat duit hantaran kalo keluarga belah pompuan mintak banyak tuh..(hendak seribu daya ye tak).

Itulah dilema sekarang ni nak salahkan keluarga perempuan yang meminta tak boleh jugak kalo nak dibanding harga barang sekarang nih memang dah mahal.  Mungkin tips-tips ni boleh jugak diguna pakai untuk menjimatkan belanja kahwin.

  1. Berbincang dulu ngan bakal isteri/keluarga berapa hantaran yang mampu anda bagi.
  2. Buat Majlis sekali jer pilih sama ada rumah pengantin lelaki atau perempuan atau ditengah tengah kat dewan ker.
  3. Beli/beri barangan hantaran yang biasa biasa jer tapi nampak branded.
  4. Jangan bergayut kat talipon lama lama
  5. Ha apa kata pembaca plak bagi pendapat……..?

Berita baik untuk bakal pengantin ataupun yang plan nak kawin tahun depan boleh cuba laburkan wang RM15.00 untuk mengetahui bagaimana cara yang lebih bagus beserta perancangan kewangan sekali untuk mengumpul wang buat belanja kahwin.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kelahiran Semula Pemasaran Rangkaian

Sebelum ini saya telah membuat ulasan tentang kematian pemasaran rangkaian. Kini yang terbaru Mike Filsme dan Dr Ellie Drake telah mengeluarkan satu laporan The Birth Of Network Marketing juga secara percuma cuma kali ini anda tidak akan dibayar jika menyebarkanya sebaliknya anda akan mendapat pelbagai bonus dalam bentuk audio oleh Dr Ellie sendiri dan Mike Filsme.

Laporan setebal 28 muka surat kali ini menerangkan cara pemasaran yang ingin disampaikan oleh Dr Ellie. Pada saya cara ini sebenarnya telah mula dipraktikkan oleh kebanyakan IM international dan juga Malaysia cuma tidak ada seorang pun ingin mengupas isu ni dengan lebih terperinci.

Apabila saya membaca saya suka memandang dalam skop yang luas dan tidak terbatas dalam satu bidang sahaja. Semua bidang yang mempunyai agensi pemasaran patut membacanya. Sebabnya sistem yang diperkata sememangnya sudah ada cuma kita jarang menggunakan secara optimum dan profesional.

Anda boleh dapatkan laporan ini disini

p/s : Laporan ini sesuai dibaca setelah anda membaca Laporan kematian pemasaran rangkaian.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Pemasaran Rangkaian

Sebenarnya sudah beberapa hari saya habis membaca laporan The Death of Internet Marketing. Nampaknya Dr Ellie telah mengupas isu ini dengan sangat berkesan tentang apa yang beliau maksudkan dengan kematian pemasaran rangkaian (networking).  Jangan tersalah anggap apabila membaca tajuk yang diberikan.

Apa yang boleh saya ulas tentang pendapat Dr Elli ini, pemasaran rangkaian ini akan benar benar mati jika ianya tidak diberi nafas baru, inovasi baru seiring dengan perkembangan semasa. Bukan maksudnya pemasaran cara lama itu tidak berkesan tetapi ianya mestilah seiring dengan kemajuan yang akan berlaku pada masa hadapan.

Saya melihat apa yang diperkatakan oleh Dr Ellie ini sebenarnya sedang berkembang dinegara kita. Penggunaan Internet sebagai sumber networking akan menjadi dimensi baru dalam pemasaran rangkaian. Ini juga dapat kita lihat dimana syarikat MLM pada masa ini sudah mula membangunkan laman web masing masing untuk memberi informasi terkini tentang perniagaan mereka. Agen agen yang pandai mengambil peluang akan membangunkan web penajaan masing masing untuk membuka peluang ahli ahli mengembangkan rangkaian mereka. Itu adalah salah satu contoh pemasaran rangkaian dan ianya tidak terhad kepada Industri MLM sahaja. Industri yang memerlukan network client juga boleh memggunakan teknik seperti Insurans, Banking, Unit trust dan lain lain.

Istilah baru yang diperkenalkan oleh Dr Ellie didalam laporan ini ialah Netweb Marketing dimana internet adalah satu cara bagaimana pemasaran rangkaian boleh dijalankan dengan mudah dan menjimatkan masa disamping tidak mengetepikan kerberkesanan “off- line” marketing.

p/s : Jika anda ingin membaca sendiri laporan setebal 45 muka surat ini anda boleh dapatkan disini.

p/s/s : Anda mungkin mempunyai pendapat yang lain dari pandangan saya di atas atau ingin menambah apa yang tidak disentuh boleh kongsi ngan saya dan pembaca lain di ruangan comments.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Buat Duit Percuma!!

Percayakah anda kadangkala di internet ramai yang bermurah hati untuk memberi anda duit. Sebenarnya ini juga merupakan salah satu cara Usahawan Internet mengumpul email list mereka. Sebelum ini saya telah menerangkan kepada anda tentang kepentingan squeeze page untuk perniagaan internet. Teknik ini sebenarnya bukan lah perkara baru malah ianya cara yang paling mudah untuk mengumpul email list yang banyak.

Cara 1 - Berikan laporan percuma

Cara 2 - Berikan Insentif jika mereka menyebarkan laporan yang anda keluarkan kepada rakan mereka. cth RM0.25 bagi setiap lapuran yang didownload.

Yang terbaru Mike Filsme bergandingan dengan Ellie Drake telah mengedarkan satu laporan percuma bertajuk Kematian Pemasaran Rangkaian (The Death Of Networking Marketing) dimana Dr Ellie telah menerangkan tentang ancaman ancaman tehadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan persiapan anda untuk menghadapinya. Laporan ini mengandungi 45 muka surat.

Dengan mengedarkan laporan ini juga anda berpeluang menjana pendapatan malah anda dibayar didalam mata wang USD. Anda akan dibayar USD0.25 (RM0.85) bagi setiap lapuran yang anda sebarkan dan didownload oleh rakan anda. Malah tambahan USD0.25 (RM0.85) untuk anda jika rakan anda juga berbuat demikian.

Caranya mudah saja anda klik pada link http://www.clickaudit.com/goto/?85106  ini dan kemudian

  1. isikan nama dan alamat email anda.
  2. create password anda.
  3. semak email anda dan anda akan menerima email pengesahan.
  4. klik email pengesahan itu dulu dan anda akan diberi satu kod untuk anda aktifkan.
  5. Setelah aktif dan log masuk anda boleh baca langkah seterusnya bagaimana untuk mempromosikan laporan ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous Page