Langkah Pertama 2008
Salam semua pembaca.
Awal tahun ni banyak email yang saya terima dari email subsciber berbicara tentang azam, plan, produk, ebook percuma tak lupa jugak pada blog blog yang saya lawati ramai yang masih memperkatakan tentangnya. ….Saya sebenarnya tertarik dengan satu email yang saya terima dari tokey opt-in design saudara Kidino. Didalam emailnya lebih kuranglah yek apa yang dikatakan
Untuk mencapai apa yang anda cita citakan lakukan dengan langkah pertama. Ramai yang mempunyai perancangan dan impian tetapi tidak membuat apa-apa. Contoh kalo kita bercita cita nak jadi penyanyi apakah langkah pertama untuk mencapainya. Mungkin anda boleh start berkaroeke untuk mengasah bakat anda atau mula mendaftar kelas nyanyian yang lebih penting lakukan sesuatu atau langkah pertama untuk mencapai cita cita tersebut jangan biarkan ia menjadi angan angan saja.
So sebagi menyahut seruan itu semalam saya memulakan langkah pertama untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant bagi CIMB Wealth Advisor. Kelas tutorial pertama telah diadakan untuk mereka yang telah mendaftar menjadi seorang consultant unit trust dan peperiksaan FMUTM akan diadakan pada pertengahan bulan ni doakan saya berjaya yek!!.
Insyallah saya akan cuba update info info tentang pelaburan didalam unit trust dari semasa kesemasa dengan tujuan untuk memberi informasi yang betul tentang pelaburan unit trust.
p/s : semalam juga CIMB Fund Islamic baru telah dilancarkan Islamic Global Equity Fund. Potential Returns 15% p.a. Pelaburan World Class Global yang dilaburkan didalam pasaran dalam dan luar negara seperti Microsoft & Exxon Mobil. Harga seunit RM0.50 sebelum 25 January 2008. Sekiranya berminat untuk melabur atau maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 019-3649613.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted January 9, 2008
Comments(0)







