Problem Cari Duit

Dah beberapi hari saya tak update blog. Cabaran SEO cari duit akan tamat 2 hari lagi. Masih ada masa untuk memperbaiki ranking di carta SEO di google. Beberapa hari ni saya agak sibuk sedikit membina beberapa blog untuk cari duit. Fokus utama saya ialah kepada program adsense dan affiliate kerana ianya tidak memerlukan produk cuma promosi yang berkesan untuk menjana duit.

Malangnya semalam salah satu dari blog yang menjana duit menghadapi masalah tenikal ketika saya membuat sedikit upgrade version. Apakah kesannya…ho ho sudah tentiu income tak masyuk. Terima kasih pada En Shuth tuan punya sempoihosting kerana membantu dan menerangkan cara caranya. Berpeluh juga saya mengodek godek cpanel untuk mencari jalan. Bagi anda yang mempunyai masalah sebegini jangan bimbang sekarang dah ada buku penerangan dari A-Z berkaitan C-Panel yang ditulis oleh saudara kepada pahlawan melayu Hang Tuah iaitu Hang Jebat Mesranet.

Ketepuan Idea Cari Duit

Huh memang kalo dalam kepala otak ni asyik sibuk nak cari duit jer tanpa memikirkan kesannya sampai satu tahap duit pun tak nak masuk kedalam akaun anda. Ini adalah kerana terlampau banyak sangat idea cari duit yang masuk kedalam kepala otak saya beberapa hari ini.

Huh cabaran seo untuk cari duit tinggal hanya 9 hari saja lagi ho ho sapa lah yang menang agaknya ohh malangnya blog ini telah jatuh dari page 2 di ranking google ke pg 200++ hu hu apalah sebabnya agak nyer ekkk ada ke otai otai SEO yang boleh tolong…hi hi :cool:

Walaubagaimanapun saya akan cuba lagi kalah dan menang bukan pertaruhan saya pada kali ini bak kata EN Aku pengalaman tu lebih penting..orait tak nak berlengah lagi baik bukak buku SEO balik….

Jangan Lupa Asas Kewangan untuk cari duit

Walaupun ghairah cari duit di internet atau mana mana perniagaan atau peluang anda juga jangan lupa asas kewangan anda. Ini adalah penting kerana tanpanya anda tidak akan berjaya walaupun pendapatan anda berjumlah beribu riban.

Pastikan jika anda berhutang ia tidak melebihi 40% dari jumlah pendapatan anda. Kalo dah terlebih jangan gatal nak buat hutang lagi. Kalo gatal jugak cuba tambah pendapatan anda dengan peluang peluang cari duit.

Ok kalo nak baca dan mantapkan lagi anda boleh dapatkan buku buku yang banyak ada dipasaran dan terlaris saya rasa buku Azizi Ali Jutawan Dari Planet Jupiter banyak yang boleh anda pelajari.

Saya juga selalu lawati blog blog berikut untuk dapatkan tip tip asas kewangan :

  1. www.mohdsuhaimy.com - Blog Perniagaan Internet dan Kewangan
  2. www.pakdi.net - Asas Kewangan

P/s : Kalo ada blog cadangan anda boleh nyatakan di ruangan komen. Sila nyatakan blog anda mengenai apa…

Next Page »