Ho Ho TazaMfn di Tag oleh Robot

Hmmm agaknya sempena Merdeka ni pesta Tag menge Tag telah bermula. Patutlah hari ini asyik terdengar orang berteriak diluar rumah ku sangka kan Garuda ingin membuat onar atau pun Singapura akan dilanggar todak sekali lagi. Bila ku jengah rupanya si robot yang sekadar mengetag diriku supaya berkongsi 5 rahsia yang ingin diketahui sebelum tambak Johor runtuh lagi….ho ho tidak mengapa hamba sudi berkongsi.

1) TazaMfn adalah nama nickname yang aku ambik dari tempat kerja lama aku yang sudah menjadi sejarah setelah hampir 10 tahun aku berkerja disitu. Ia akhirnya dimakan oleh Harimau yang sangat gagah perkasa sehingga awek kat dalam iklan tuh mengaku harimau itu balak dia.

2) Aku sudah berkahwin dah mempunyai sepasang cahaya mata. Selepas berkahwin baru aku kenal dunia Ebiz, internet, blog kalaulah aku boleh bermula seumur aku cam labanon aku rasa aku dah Jutawan sekarang ni.

3) Aku memang bidan terjun dalam bidang nih sampai sekarang average pendapatan aku nih dari ebiz ni (affiliate & adsense) hanyalah RM200 jeh kah kah. Kalo ikutkan hati memang aku nak give up jekkkk tapi semangat aku masih kuat untuk teruskan.

4) Pendapatan aku yang pertama dari ebiz datang dari affiliate Tsunamiwang..ho ho buku yang sudah menjadi sejarah, kontroversi dan…..

5) Orang yang pertama aku ajak chatting mengenai Ebiz nih tak lain dan tak bukan ialah En Sukeri.

So disebabkan En Sukeri yang pertama aku kenal aku nak tag

1) En Sukeri - terima kasih diatas bantuan yang diberikan

2) Labanon - hi hi aku kagum dan jeles sebab ngan umur dia tuh dah buat ebiz.

3) En Aku - Tak tahulah napa aku suka ngan cara dia yang sempoi tuh.

4) jektb - aku rasa nama dia Fauzan Hussin terima kasih atas info yang diberi aku pilih slah satu blog ko ler ekk :cool:

5) alongvtx - tanda terima kasih aku kerana melawat blog ini.

orait tu jer.

Tag Sources : Robo.ty

 

 

8 Comments so far

  1. alongovtx on August 27th, 2007

    Melawat pun kena…terperanjat ana.Tak apalah,ente punya pasal tag pun taglah.Satu persamaan kita adalah En Sukeri,ya beliaulah yang punya angkara….hahahhaa…

  2. tazamfn on August 28th, 2007

    Jangan mare ekk along :cool: thanks for coming again

  3. Sukeri on August 30th, 2007

    Terima kasih Taza kerana tag saya. Sebelum apa-apa saya minta maaf banyak-banyak dulu kalau saya tak jawab tag ni.

    Sekarang ni saya lebih suka duduk diam-diam saja dan baca blog orang. Tak taulah apa fasa yang sedang saya lalui ni.

  4. tazamfn on August 30th, 2007

    Oh ya ker napa tu En Sukeri??? Walauapapun saya harap anda akan muncul kembali

  5. BAGAK on September 6th, 2007

    nombor 1,2 dan 3 cerita kita lebih kurang sama

  6. tazamfn on September 6th, 2007

    Oh ya ker hi heee hee

  7. shah on September 8th, 2007

    Hohohoho…bidan terjun gak noh..

  8. tazamfn on September 10th, 2007

    ha haa gitulah nampaknya saya suka belasah jer

Leave a reply