MLM Cari Duit Penipu???
Agak kontraversi plak rasanya topik cari duit minggu ini. Saya pasti anda semua tahu apa itu MLM atau Multilevel Marketing atau Meeting Larut Malam ho ho nama nama yang sinonim dengan MLM. Industri MLM adalah satu industri yang berkembang pesat dan Malaysia menduduki tangga yang Ke 4.
Seperti perniagaan yang lain peratusan yang gagal dalam MLM adalah sama 90% (tul ke) dan hanya 10% sahaja yang berjaya dan mungkin 1% yang berjaya menjadi jutawan. Agak skeptikal plak bila saya membuat perbandingan sebegini. So peratusan yang gagal ini meyalahkan MLM dan mengatakan MLM ni penipu kerana mereka tidak mendapat sesen pun dari perniagaan ini. Kenapa? Gagal menarik prospek menjadi ahli dan networking yang tidak berkembang adakala menjadi punca. Tak tau cari orang, tak suka menjual, susah mengyakinkan prospek adalah punca punca anda tidak suka MLM (boleh tambah lagi kalo ada).
Sebenarnya sebelum melebelkan MLM itu penipu anda harus faham bahawa MLM itu ialah cabang perniagaan. Didalam perniagaan anda dikehendaki membina perniagaan. Hebat menaja bukan menjamin anda berjaya sekali lagi saya ulang hebat menaja tidak menjamin kejayaan sebaliknya hebat membina perniagaan lebih menjamin. Sekiranya anda mengkaji Jutawan Jutawan MLM yang ada mereka adalah orang yang hebat membina perniagaan. Walaupun tajaan itu penting tetapi membina lebih memudahkan anda untuk berjaya.
Apa komen anda????




Tak tahu nak buat apa? Sertai cabaran SEO WangCyber “Cari Duit”…
Jom sertai cabaran SEo yang dianjurkan oleh WangCyber. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cabaran ini anda boleh lihat di sini.
……
Yup sesapa yang ada blog jom sertai cabaran SEO cari duit yang dianjurkan oleh En Aku dari buysignal.net