Saham Pulak!!!!

Hai semua..lama juga saya tidak membuat apa apa post didalam blog saya ini. Walaupun tidak menulis saya masih mengikuti perkembangan Perniagaan Internet. Sempat juga saya membaca tulisan tulisan ‘otai-otai’ didalam bidang ini. Teruja juga bila melihat ramai bakat bakat baru muncul…

Hari ini Maybank mengumumkan keuntungannya bagi 6 bulan atau ‘2 Quater’ 789mil - the Sun, dan tidak lupa dividen untuk pemegang saham sebanyak RM0.40 tolak cukai 27%. Ini bermakna setiap 1,000 unit saham yang dipegang anda akan dibayar sebanyak RM400 ditolak 27%. Ha ha adakah saya sudah mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan pula. Ya dan tidak…

Ya…sebenarnya dah lama juga saya berjinak jinak dengan dunia saham tapi pada masa lalu bermain secara hentam koromo sahaja tidak mengkaji pasaran yang ada menyebabkan adakala untung dan adakal rugi (tamak la tu).

Tidak…Pelaburan saham ini bukanlah tumpuan utama saya sekarang ini kerana apa yang ingin saya fokuskan mengkaji dan belajar cara yang betul. Terus terang saya kata bermain saham ini bukanlah satu perkara mudah jika anda tidak tahu. Ia melibatkan risiko dan bagaimana kita bermain dengan risiko.

So kepada anda jangan pula takut untuk bermain dan belajar tentang pelaburan saham ini. Walaupun berisiko sekiranya kita tahu dan bijak maka anda boleh menukar risiko kepada keuntungan. 

P/S : Jana Wang Dengan Unit Trust! Klik Di sini!

No Comments

Leave a reply