Terbatasnya Kemampuan Manusia

 

FirmanAllah S.W.T, bermaksud:

“Katakanlah: “Siapakah yang menyelamatkan kamudari bencana-bencana didarat dan dilaut? (Ketika) kamu berdoamerayu kepada-Nya dengan merendah diri (secaraterbuka) dan secarabersembunyi, (dengan berkata): “Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur”.
(Al-An’am: 63)

PENGAJARANAYAT:

  • Ujian Allah didatangkan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui kekayaan, kemiskinan, bencana, kesedihan dan kegembiraan, namun ada diantara kita yang mungkin tidak sedar dengan bentuk-bentuk ujian tersebut malah memandang ringan perkara tersebut.
  • Baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.Walaupun dengan teknologi yang tinggi, Jepun tidak mampu menahan bencana yang meragut nyawa sebahagian besar rakyatnya. Ini menunjukkan bahawa kebolehan dan kemampuan manusia adalah sangat terbatas walaupun seseorang itu berilmu pengetahuan, mempunyai kekuasaan, kekuatan, kelebihan dan lain-lain lagi, tetapi semua keistimewaan itu tidak dapat mengatasi kekuasaan Allah S.W.T.
  • Manusia tidak boleh berfikir bahawa teknologi sudah cukup untuk mereka atau jangkaan terakhir bagi mereka untuk mengawal segala-galanya melalui teknologi, kerana ia tidak boleh diarahkan dengan kekuatan kita, dan ia mempunyai had. Bagaimanapun kejadian gempa bumi dan tsunami diJepun kelmarin sepatutnya dijadikan iktibar bahawa ada sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama kerna setiap kejadian pasti ada sebabd anakibatnya. Malah iaa dalah sebagai suatu peringatan buat sekalian manusia bukan sahaja kepada masyarakat diJepun.
  • Walaupun rakyat Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan gempa bumi dan tsunami terkuat yang pernah dicatatkan Jepun itu, namun perlu diingat bahawa ia juga memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara ini. Sebagai umat Islam kita perlu bersyukur dan berfikir bahawa ia memberi pengajaran kepada kita semua. Kadang-kadang manusia terlalu alpa melakukan sesuatu perkara, sehingga mengabaikan larangan dan peringatan Allah kepada makhluk-Nya tanpa penyesalan.
  • Namun semua orang seharusnya berwaspada kerana hari ini ia berlaku dinegara Jepun, dan tidak mustahil akan berlaku dinegara lain yang tidak dapat dijangkakan.Ini sudah cukup membuktikan bahawa kemampuan manusia itu amat terbatas. Oleh itu, bencana yang meragut beribu-ribu nyawa penduduk dinegara Jepun ini sepatutnya menginsafkan semua.
  • Malah sebagaimana yang dianjurkan Islam kita digalakkan untuk membantu golongan lain walaupun berlainan agama. Semoga sokongan dan bantuan yang dihulurkan menjadikan diri kita serta saudara-saudara kita diJepun tergolong dalam orang-orang yang bertaubat dan bersyukur. Wallahua’lam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

1 Perniagaan 1 Tujuan

Salam Hebat,

Diam tak diam dan nak hampir penghujung tahun sekejap jer masa berlalu dan sangat pantas. Dah makin jauh juga perjalanan kita ya tak…rasanya dah banyak yang kita belajar tentang kehidupan secara langsung dan tak langsung. Arg ok lah kita letak tepi dulu pasal citer tentang kehidupan kalo nak citer memang tak habis tul tak.

Ha ok ar pa kata kita citer pasal bisnes nak tak….kalo anda penah baca buku Robert Kiyosaki (tul ke ejaan tu) yang bertajuk bapa kaya dan bapa miskin (Rich dad Poor Dad) beliau ada menyarankan wujudkan satu perniagaan untuk 1 tujuan anda. Ok saya ambil contoh la ya…

1) www.murtazaosman.com

Saya wujudkan dengan tujuan untuk saya buat simpanan jangka panjang dan pendek. Jangka panjang of course ar simpanan untuk usia emas sebab saya ni keja swasta dan tak de pencen ho ho. Jangka pendek plak kalo kalo tempat keja sekarang bankrupt la plak (who knows the future kan) so at least saya boleh survive sekurang kurang 6 bulan kalo saya nak cari keja lain la. So duit dari perniagaan ini selepas ditolak kos perniagaan (jangan ingat meniaga kat internet tak der kos ya) saya buat simpana. Nak harap duit gaji rasa rasanya baper jer leh simpan ya tak….anda bagaimana???

2) www.rahsiascorea.com

Kita tahu bahawa kos untuk pendidikan anak anak akan sentiasa meningkat dan persaingan semakin sengit tak macam kita dulu…untuk dapatkan yang terbaik anda perlu bersaing…percaya tak anda kalo saya kata…kelulusan akedemik yang baik kini tidak menjamin anak anda untuk masuk universiti dengan mudah…tapi dengan kewangan atau simpanan pendidikan yang baik untuk anak anda…maka anda tak perlu risau tentang persaingan kerana jika anda betul betul planning kewangan pendidikan anak anda…inysallah ada banyak tempat tempat yang terbaik yang anda boleh hantar hatta jika anda mahu anak anda menjadi tahfiz sekali pun…opps ini dah membebel la plak…

Ok penat ar nak taip nanti saya sambung lagi ya…to be continued

jangan lupa datang lagi :wink:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mengapa Paypal?

Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal).

Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat “Button Buy” yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.

p/s :Belum memiliki akaun Paypal? Tidak perlu pening kepala bertanya di sana sini atau mencari informasi dengan sendiri di Internet. Manalah taukan anda adalah peminat Robert Pattinson, Kristen Stewart atau Taylor Lautner dalam siri Twighlight boleh beli cenderamata secara online dan panduan ini boleh membantu anda:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Rahsia Solat Awal Waktu

Salam Semua,

Sempena Ramadhan yang mulia yang bakal menjelma just nak kongsi dengan anda satu artikel menarik tentang solat dan warna semoga kita sama sama mendapat manfaat daripadanya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang  fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang   bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki  dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu   dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

p/s : Terima kasih kepada hamba allah yang menghantar email ini kepada saya.

p/s/s : Kepada sesiapa yang berminat menjadi usahawan online education sila ke www.jomscorea.info

 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »