Mengapa Paypal?

Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal).

Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat “Button Buy” yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.

p/s :Belum memiliki akaun Paypal? Tidak perlu pening kepala bertanya di sana sini atau mencari informasi dengan sendiri di Internet. Manalah taukan anda adalah peminat Robert Pattinson, Kristen Stewart atau Taylor Lautner dalam siri Twighlight boleh beli cenderamata secara online dan panduan ini boleh membantu anda:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Rahsia Menggandakan Hasil Jualan di Internet

 

Apakah rahsia itu? Ia adalah menyediakan kemudahan untuk pelanggan membayar melalui kad kredit!

Artikel ini adalah untuk usahawan internet samada yang menumpu kepada pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Tidak kisah apakah target pasaran anda, adalah menjadi satu perkara WAJIB untuk anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.

Tanggapan sesetengah orang terutama usahawan internet bahawa tidak perlu meletakkan cara pembayaran kad kredit di laman web mereka yang mensasarkan pelanggan tempatan adalah satu pendapat yang lemah. Ini kerana kini sudah ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit).

Selain itu, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.

Mengikut satu kajian, sebanyak 85% pembayaran yang dilakukan untuk membeli sesuatu di internet adalah melalui kad kredit. Jelas, ramai yang menjadikan kad kredit/kad debit sebagai satu cara pembayaran di internet. Maka, sudah tentu amat wajar untuk anda meletakkan pilihan pembayaran secara kad kredit di laman web jualan anda untuk pembeli produk anda.

Namun, persoalan yang selalu bermain di fikiran usahawan internet atau masalah yang selalu dihadapi adalah apa dan bagaimana. Di dalam artikel ini, saya akan menyentuh secara ringkas mengenai bagaimana anda sebagai usahawan internet boleh menerima bayaran melalui kad kredit pelanggan anda.

Secara asas, apabila pelanggan anda ingin membeli menggunakan kad kredit atau kad debit, mereka akan memilih menu atau link yang disediakan di laman web jualan untuk proses kemasukan maklumat kad kredit. Antara maklumat asas yang pembeli perlu masukkan adalah nama, no kad kredit, 3 digit rahsia kad kredit, alamat dan lain-lain, bergantung kepada pihak penyedia pembayaran kad kredit.

Untuk menerima pembayaran melalui kad kredit, anda perlu mempunyai akaun merchant bank samada di bank tempatan mahupun yang luar negara. Namun, untuk mendapatkannya terdapat beberapa syarat ketat dan polisi yang kebanyakan orang tidak mampu untuk memenuhi.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pihak di peringkat international seperti worldpay.com menyediakan khidmat akaun merchant ini, tetapi dengan bayaran permulaan RM2000 untuk sekali bayar.

Jangan risau, saya tahu anda tidak mampu untuk membayar jumlah besar itu bukan? Bahkan saya pun tidak menggunakannya. Terdapat yang lebih murah daripada itu seperti 2checkout.com, yang mana bayaran permulaan adalah dalam $49 USD iaitu sekitar RM182.00.

Jika anda tidak mampu, usah kecewa kerana terdapat yang percuma untuk anda miliki dan yang percuma ini diiktiraf ramai, iaitu PayPal.Com. Untuk mendaftar atau memiliki akaun Paypal, anda tidak perlu bayar apa-apa, cuma anda akan dicaj untuk setiap transaksi yang anda terima daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan melalui perkhidmatan mereka.

Jika anda belum memiliki akaun Paypal, ebook panduan di sini boleh membantu anda memahami lebih lanjut mengenai Paypal:

Bertindak sekarang untuk menggandakan hasil jualan perniagaan anda di Internet! :wink:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Projek Rahsia Paypal

Salam Semua,

Insyallah dalam 2 hari lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca yang beragama Islam semoga Hari Raya yang bakal menjelma ini merupakan yang terindah buat kita semua chee waaah..

So, sebelum semua cuti berhari raya saya suka nak umumkan bagi yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Paypal bersama saya dan beberapa lagi nama besar dalam dunia IM anda boleh start melayari www.rahsiapaypal.ws dan jangan lupa untuk sign up juga ya.

Anda juga mungkin berpeluang untuk menjana pendapatan seperti dibawah dengan syarat anda mendapat bimbingan berterusan dari team Rahsia Paypal dan pastikan juga anda tidak terlepas peluang menjana pendapatan melalui Paypal ini.

Ok sampai berjumpa lagi berhati hati memandu untuk pulang ke Kg dan saya doakan anda sampai ke destinasi dengan selamat dan jangan lupa juga untuk melayari www.rahsiapaypal.ws dan sign up.

p/s : mesej dari team Rahsia Paypal.

  1. Antara yang membuat liputan tentang Rahsia Paypal ini ialah Radio Ebay.
  2. Anda tidak keseorangan ikut saja pelan yang kami cadangkan anda pasti berjaya.
  3. Untuk berjaya berkawanlah seramai mungkin dengan mereka yang telah berjaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Automasikan Perniagaan Anda

Jika anda masih tercari-cari jalan bagaimana untuk menjadikan perniagaan internet anda boleh dijalankan secara automatik tanpa memerlukan anda mengawasi 24 Jam di komputer anda, saya cadangkan kepada anda untuk membaca artikel ini untuk membantu anda menyediakan sebuah perniagaan internet yang autopilot.

Seperti yang telah anda ketahui, ramai otai IM luar negara yang telah berjaya membuat ribuan serta jutaan dollar setiap bulan dengan perniagaan internet. Akan tetapi tahukah anda sebenarnya hampir kesemua perniagaan internet mereka dilakukan secara autopilot sahaja tanpa memerlukan mereka mengadap komputer setiap saat untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar.

Mereka mampu mengaut sebanyak itu secara autopilot dengan bisnes internet mereka, mengapa tidak anda?

Read more »

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!