3 sebab utama menyimpan bullion perak

Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu melabur bullion perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza - dan saya jamin kebanyakan mereka yang anda mungkin akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.

Kebanyakan pelabur tidak memahami motivasi untuk menyimpan bullion perak. Pada masa yang sama, pelabur juga tak boleh tutup sebelah mata apabila melihat kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan. Sejak 6 bulan lepas, harga perak telah melonjak lebih dari 40 peratus, dan banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang lebih tinggi untuk akhir tahun ini. Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan bullion perak di dalam portfolio pelaburan amda.

1) Inflasi:

Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion preak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai “Penyimpan Nilai”. Pelaburan yang menyimpan nilai akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:

44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India.

Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut cuba klik banner di bawah:-

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Staged.com cara baru share video

Salam Hebat,

Social media kini menjadi platform terbaru untuk kita berkongsi cerita atau berita, even kucing kita sakit pun, kalo boleh kita nak kongsi jugak…kalo ada banyak nak cerita biasa ada yang suka menulis di blog. Kalo macam trend sekarang short massage ni ramai yang prefer post kat Facebook atau Twitter…ada yang suka kongsi video, gambar dan macam macam lagi lahkan.

Hari ni saya nak kongsi satu cara untuk share video di social media supaya video and nampak menarik…anda boleh gunakan templete yang disediakan oleh Staged.com dan yang lebih penting ianya percuma…anda cuma perlu daftar dan selepas tu ambil url video dari youtube, vimeo dan banyak lagi sumber kemudian paste di akaun anda di staged.com.

Salah satu contoh yang saya buat ialah preview Harry Potter ini ==> http://www.staged.com/video?v=feh dan anda boleh kongsikan di Twitter atau Facebook anda…

Selamat mencuba :wink:

p/s : Nanti saya akan kongsikan plak bagaimana and boleh buat duit dengan staged.com ya…. :wink:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM pertama dari Internet

Salam hebat buat semua :)

Rata rata pembaca blog ni saya assume semua dah pernah mendapat RM1 pertama dari Internet. Walopun anda sebenarnya bukan peniaga di Internet atau menjalan perniagaan melalui internet. Jika tidak pernah saya ada berita baik untuk anda kerana rakan IM saya ada mengeluarkan satu laporan khas dan ianya PERCUMA untuk anda baca.

Klik Sini untuk mendapatkanya====> goo.gl/tuuz9

Teknik yang diajar memang mudah malah anda tak perlu pun susah susah pun nak buat website.

Teknik 1 - Guna facebook & Facebook Ads.

Saya percaya ramai yang ada akaun facebook, kalo takder memang dianggap ketinggalan sebab Facebook selain dari sembang kosong macam macam info boleh kita kongsi…malah kalo kita lihat hari banyak syarikat syarikat besar menggunakan FB sebagai medium pemasaran…kenapa tidak kita :)

Teknik 2 - Forum Ads, Forum Signature dan Forum Banner Ads.

Salah satu Teknik yang boleh anda gunakan ialah Forum. Ini adalah kerana forum yang popular mempunyai jumlah pengunjung yang agak ramai. Saya juga menggunakan teknik ini untuk mempromosi produk produk sama ada affiliate atau produk fizikal. Saya tunjukkan salah satu produk affiliate yang saya promosi hanya menggunakan 2 Teknik ini sahaja…salah satunya

Promosi melalui Forum

Hasil dari promosi Forum dan Facebook sahaja

Oleh kerana saya tidak fokus 100% mempromosi masih ada jualan terhasil dari promosi tersebut ok la kan daripada takder sekurang kurangnya boleh cover duit broadband ok la ye tak…

So anda juga boleh buat duit pertama dari Internet…download panduan percuma ini dan take action….

======> goo.gl/tuuz9 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Tips Penting Dropship


Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal

 Saya harap anda sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan dropship. Jadi saya akan bawakan terus tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui dropship ini.

 Jom kita lihat  4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Dapatkan lebih banyak tips tentang dropship di http://www.lubukrahsiadropship.com/index.php?ref=klikjer

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »