Polis Traffik bagi Duit Raya?

Salam Sejahtera

Alhamdulillah nampaknya sudah 19 hari kita lalui bulan Ramadan yang mulia ni…selain meningkatkan amal ibadat rasanya ramai jugak yang sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Syawal yang meriah…ada yang mashuk buat bisnes sampingan dibulan Ramadan ni maklum lar nak cari duit lebih sikit untuk hari raya nanti ya tak….

Bercakap pasal raya ni banyak sungguh email saya terima berkaitan dengan duit raya ni? Mula mula malas gak nak layan tapi bila tak layan makin banyak plak email yang masuk..duit raya ni bukan newbie -newbie IM yang bagitau tapi otai otai pun ramai gak yang bagitau nih ..banyak sangat ker dia nak bagi tahun ni…setelah diselidiki oh rupanya laporan camana nak ajak polis trafik datang rumah dan bagi duit raya…ok gak tu RM3.40 (USD1).

Ok straigt to the point IM Justin Michie telah mengeluarkan satu ebook atau report percuma bertajuk “The Traffic Tip Reports” sebanyak 30 muka surat. Dalam Tarffic Reports ni beliau menceritakan secara straight to the point sebanyak 200++ cara untuk menarik traffic kelaman web anda….anda pun tahu gak kan kalo tak der traffik takder pelawat dan kalo tak der pelawat maka tak de sale (macam syok sendiri).

email.JPG

Jadi jika berminat boleh dapatkan report ini dan sebarkan.

cover_s.jpg

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Rahsia Usahawan Internet Terbongkar

Rahsia Usahawan Internet

Dapatkan percuma jer mengandungi 100 m.s mengandungi tips tips menjalankan perniagaan di Internet. Kalo rajin join affiliate dan promote dan anda akan dibayar kalo ada yang download melalui link affiliate anda. Kalo minat klik jer gambar diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Duit Bertambah

Salam Sejahtera,

Baru jer semalam citer pasal buat duit mudah dengan pay per lead dan hari ni, pihak pengurusan video trafik bagi berita baik pada anda yang membawa pelawat muat turun produk percuma ini :

Yup komisen setiap mereka yang memuat turun produk percuma diatas telah dinaikkan dari RM0.20 kepada RM0.30 dan tambahan hadiah bonus yang lain jika anda berjaya membawa ramai pelawat yang download produk tersebut.

Jika anda sendiri belum mendapatkannya saya syorkan anda download sekarang info seperti ini biasa boleh dijual sehingga RM60.00 tetapi penulis hanya memberikannya percuma. Satu teknik pemasaran melalui video marketing dan bagus untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke laman web atau blog anda seterusnya menjana pendapatan…so anda boleh klik disini untuk mendapatkannya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Financial Freedom Account (FFA)

Dah sebulan selepas seminar Millionare Mind saya mempraktik sistem pengurusan kewangan mudah yang disarankan didalam seminar tersebut. Idea mudah dan simple ini sebenarnya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kami diberikan satu blue print sistem pengurusan kewangan yang harus diikuti selama 90 hari, kira kira 3 bulan. Tujuannya adalah untuk menjadikan sistem ini sebati (tabiat) yang kita lakukan hari hari dan pandangan kita terhadap duit.

Baiklah langkah pertama setiap peserta dikehendaki menyediakan 7 tabung tak kiralah dari buluh, tin, balang kuih dan lain lain lagi. Dan setiap tabung harus dilabelkan. Tabung yang pertama labelkan dengan nama “Financial Freedom Account” atau FFA jer. Kegunaan tabung ini adalah untuk simpanan yang tidak akan diusik  kecuali untuk pelaburan, atau perniagaan.  Tabung ini bolehlah anda anggap ianya seekor “Angsa yang bertelur Emas” dimana anda membelanya dengan baik dan subur supaya ia dapat mengeluarkan telur emas untuk anda. Anda juga tidak dibenarkan mengusik nilai pokok yang dimasukkan didalam tabung ini kecuali keuntungan dari pelaburan atau simpanan untuk dilaburkan semula bukan untuk digunakan. Ingat hanya telur angsa emas itu sahaja yang boleh digunakan untuk membeli seekor anak angsa yang akan bertelur emas lagi (harap anda faham yer). Jangan usik langsung akaun ini sampai bila bila.

So berapa peratus yang harus anda letak dalam akaun ini. Hanya 10% sahaja dari setiap duit yang anda terima. Untuk menjadikan ianya satu tabiat jangan peduli berapa duit yang ada untuk dimasukkan kalo boleh lakukan setiap hari hatta 10 sen sehari sebelum memulakan hari anda atau selepas balik dari kerja.  Selepas 3 bulan atau setiap bulan anda boleh pindahkan wang tersebut kedalam akaun bank, ASB, Tabung Haji atau Saham Amanah yang boleh memberi pulangan yang tinggi.

Saya sendiri masih melakukan setiap hari dan saya realise bahawa saya kini mempunyai sudah mempunyai simpanan setiap hari dan saya gembira melakukannya setiap hari. Orait kita sambung lagi nanti cerita untuk 6 tabung lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »