Mentor Jutawan #4

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
*Mengenai perlunya idola/mentor

 Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab,
bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya
lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa
dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang
positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi
usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini
kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan
sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata
‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’, tapi kalau kita
jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang
memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya ‘aku
berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’. Dia
akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’. ‘Dulu-dulu selalu lima
ratus, sekarang cuma empat ratus’. ‘Empat ratus bagus lagi, aku
dulu pernah lima puluh saja’

Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8 Mentor Jutawan ini, lawati http://www.mentor.cy-ber-shop.com untuk transkripsi keseluruhan temubual!

Article source - www.irfankhairi.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mentor Jutawan #2

 Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
*Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

 Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah
dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita
yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran
pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang
saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat
royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat
hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen
daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini
iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple
inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja
itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8 Mentor Jutawan ini, lawati http://www.mentor.cy-ber-shop.com untuk transkripsi keseluruhan temubual!

Article source - www.irfankhairi.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Mentor Jutawan #1

Mentor Jutawan #1: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
*Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau
bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana
pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini.
Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita
jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain
perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang
orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat
daripada kita.

Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8
Mentor Jutawan ini, lawati http://www.mentor.cy-ber-shop.com untuk
transkripsi keseluruhan temubual!

Article source - www.irfankhairi.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Long Terms Savings (LTS)


Salam Semua,

Ok sempena pelancaran Mentor Jutawan ni jom kita sambung cerita tentang tabungan mudah yang boleh anda lakukan kearah matlamat anda untuk menjadi seorang jutawan dan bebas kewangan.

Tabungan kedua yang perlu anda wujud, kita namakan ia long terms saving. Akaun ini adalah untuk kegunaan dimasa kecemasan, insurans, simpanan untuk anak dan lain lain yang anda fikirkan perlu. Jika mahu anda boleh wujudkan 2 tabungan yang berbeza bagi akaun ini. Berbeza dengan FFA anda tidak boleh usik duit tersebut melainkan untuk tujuan pelaburan akaun ini adalah untuk masa kecemasan dan pada saya ialah akaun back up untuk anda apabila diperlukan.

Berapakah peratusan boleh anda letak? dicadangkan sebanyak 10% dari jumlah wang yang anda terima. Dan jika anda bercadang untuk wujudkan 2 tabung maka setiap tabung ialah 5%.

Bacaan lain :

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »