1 Perniagaan 1 Tujuan

Salam Hebat,

Diam tak diam dan nak hampir penghujung tahun sekejap jer masa berlalu dan sangat pantas. Dah makin jauh juga perjalanan kita ya tak…rasanya dah banyak yang kita belajar tentang kehidupan secara langsung dan tak langsung. Arg ok lah kita letak tepi dulu pasal citer tentang kehidupan kalo nak citer memang tak habis tul tak.

Ha ok ar pa kata kita citer pasal bisnes nak tak….kalo anda penah baca buku Robert Kiyosaki (tul ke ejaan tu) yang bertajuk bapa kaya dan bapa miskin (Rich dad Poor Dad) beliau ada menyarankan wujudkan satu perniagaan untuk 1 tujuan anda. Ok saya ambil contoh la ya…

1) www.murtazaosman.com

Saya wujudkan dengan tujuan untuk saya buat simpanan jangka panjang dan pendek. Jangka panjang of course ar simpanan untuk usia emas sebab saya ni keja swasta dan tak de pencen ho ho. Jangka pendek plak kalo kalo tempat keja sekarang bankrupt la plak (who knows the future kan) so at least saya boleh survive sekurang kurang 6 bulan kalo saya nak cari keja lain la. So duit dari perniagaan ini selepas ditolak kos perniagaan (jangan ingat meniaga kat internet tak der kos ya) saya buat simpana. Nak harap duit gaji rasa rasanya baper jer leh simpan ya tak….anda bagaimana???

2) www.rahsiascorea.com

Kita tahu bahawa kos untuk pendidikan anak anak akan sentiasa meningkat dan persaingan semakin sengit tak macam kita dulu…untuk dapatkan yang terbaik anda perlu bersaing…percaya tak anda kalo saya kata…kelulusan akedemik yang baik kini tidak menjamin anak anda untuk masuk universiti dengan mudah…tapi dengan kewangan atau simpanan pendidikan yang baik untuk anak anda…maka anda tak perlu risau tentang persaingan kerana jika anda betul betul planning kewangan pendidikan anak anda…inysallah ada banyak tempat tempat yang terbaik yang anda boleh hantar hatta jika anda mahu anak anda menjadi tahfiz sekali pun…opps ini dah membebel la plak…

Ok penat ar nak taip nanti saya sambung lagi ya…to be continued

jangan lupa datang lagi :wink:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Jutawan Blog

Salam semua…

Sudahkah anda menjana pendapatan melalui internet? Jika sudah alhamdulillah jika belum jangan berputus asa kerana masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Sabtu lalu seperti biasa saya menghadiri seminar motivasi yang sangat hebat yang juga dianjurkan oleh seorang jutawan. Ianya berkaitan dengan tindak balas pemikiran keatas perbuatan kita ha cam tu la lebih kurang sangat menarik dan energetic malah terbukti secara saintifik (tengah practice nih)….tetapi ada yang paling menarik sesudah jer abis seminar  Jutawan tersebut terus menegur saya dan bertanya bagaimana seminar tadi dan saya jawab “it was great” dan soalan ni yang paling saya tak sangka akan keluar jutawan tu bertanya adakah saya akan menulis apa yang saya pelajari di blog saya…wah agak terkejut bercampur bangga seorang jutawan membaca blog saya…ho ho. Terima kasih bebanyak diatas tunjuk ajar…(i love u)

So balik pada topik hari ni Jutawan blog mungkin ramai yang tidak tahu hanya dengan menulis blog anda boleh menjana pendapatan sampingan atau tetap malah bukan rahsia lagi kerana kini telah muncul ramai IM yang berbakat dan menjana ribuan ringgit malah ada yang melebihi 5 angka sebulan hanya melalui blog sahaja. Hmm macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Sebenarnya jika kita tahu cara yang betul memang tidak mustahil boleh menjana pendapatan yang lumayan hanya dari blog sahaja…

Jika anda berminat hendak mengetahui selok belok bagaimana menjana pendapapatan hanya melalui blog sahaja jom kita pi belajar dengan Jutawan Blog ini Mas Dino aka Money Ceo…memang jarang dengar nama di ye tak tapi dalam bulan pertama beliau ber blog dah dapat RM4,500. Ho ho saya waktu mula dulu cuma mampu menjana RM0.05 sen sahaja ha ha. So apa rahsianya saya sendiri berminat untuk belajar daripadanya bagaimana dengan anda? Berita baik beliau bukanlah seoarang yang kedekut ilmu untuk dikongsikan sebaliknya beliau telah mendedahkan segala rahsia, teknik dan strategi beliau menghasilkan pendapatan sebegitu banyak. Orait jom ke website beliau untuk mengetahui bagaimana caranya menjana wang melalui blog. Klik Banner Dibawah:-

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Long Terms Savings (LTS)


Salam Semua,

Ok sempena pelancaran Mentor Jutawan ni jom kita sambung cerita tentang tabungan mudah yang boleh anda lakukan kearah matlamat anda untuk menjadi seorang jutawan dan bebas kewangan.

Tabungan kedua yang perlu anda wujud, kita namakan ia long terms saving. Akaun ini adalah untuk kegunaan dimasa kecemasan, insurans, simpanan untuk anak dan lain lain yang anda fikirkan perlu. Jika mahu anda boleh wujudkan 2 tabungan yang berbeza bagi akaun ini. Berbeza dengan FFA anda tidak boleh usik duit tersebut melainkan untuk tujuan pelaburan akaun ini adalah untuk masa kecemasan dan pada saya ialah akaun back up untuk anda apabila diperlukan.

Berapakah peratusan boleh anda letak? dicadangkan sebanyak 10% dari jumlah wang yang anda terima. Dan jika anda bercadang untuk wujudkan 2 tabung maka setiap tabung ialah 5%.

Bacaan lain :

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Millionare Minds Intensive

“Dont believe what you read and hear” T. Harv Eker

 Minggu lepas saya menghadiri seminar bertajuk Millionare Minds Intensive (Minda Jutawan Intensif) yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Mines Convention Centre. Kira kira hampir 5,000 peserta dari merata negara datang. Untuk saya ini adalah kali pertama saya menghadiri seminar sebegini ramai peserta yang begitu ramai. Aktiviti sepanjang seminar memang padat

Hari Pertama - dari jam 9.00 pagi - 11.00 malam

Hari Kedua - dari jam 9.00 pagi - 10.30 malam

Hari Ketiga - dari jam 8.00 pagi - 8.00 malam.

Ini juga merupakan kali pertama saya pergi ke seminar sebegini dengan mengeluarkan duit poket sendiri. Kalo dulu biasanya company yang hantar. Seminar ini juga tidak membosankan kerana pengisian dan cara penyampaian membuatkan saya rasa rugi untuk tidak mendengar apa yang ingin disampaikan.

Selama 3 hari berkampung disana ada 2 perkara yang dapat saya simpulkan cara mudah bagaimana jutawan berfikir dan jadi kaya.

  1. Investment (Biar wang bekerja untuk anda)
  2. Passive Income. (Bina seberapa banyak)

Saya percaya jika ianya terlalu complicated bukan sahaja penceramah tidak mahu memberitahu tetapi saya sendiri susah nak buat (betul ke betul). 2 perkara diatas pada saya amat mudah untuk kita lakukan malah mungkin ada diantara anda para pembaca sudah memulakannya.

Maybe dilain masa saya kongsi apa rutin yang boleh anda lakukan untuk mencapai 2 perkara diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!