Panduan Affiliate

Ketika saya membaca tajuk buku ini atau domain laman web ini saya menyangkakan bahawa penulis ingin memberitahu kepada saya bahawa bagaimana saya boleh menjadi penjual affiliate yang berjaya. Saya tidak perlu lagi mempromosi program program affiliate yang saya sertai malah penulis menyatakan hanya perlu duduk diam sahaja dan duit akan masuk kedalam akaun bank saya.
Nampaknya tanggapan saya jauh tersasar kerana penulis tidak bermaksud begitu. Sebaliknya penulis ingin membantu anda mengwujudkan tentera - tentera jualan anda sendiri yang akan membantu proses jualan produk anda.
Pemasaran adalah sesuatu yang agak penting didalam sesuatu perniagaan. Sebagaimana yang anda ketahui pembinaan produk merangkumi 20% kerja dan selebihnya 80% adalah promosi produk. Salah satu cara promosi ialah dengan mempunyai sistem affiliate anda sendiri. Para affiliate merupakan agen berdaftar bagi pihak anda dan mereka bersetuju dengan syarat syarat yang anda tetapkan dan layak menerima komisyen yang telah anda tetapkan.
Pakej Panduan Affiliate merupakan panduan cara mudah bagi anda memiliki sistem affiliate sendiri dan bagi mereka yang mempunyai produk bagi saya wajib memiliki produk ini dan gandakan jualan produk anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted November 14, 2007
Comments(0)






