Tip Melabur dalam Unit Trust

Tip Melabur Unit TrustSalam Semua,

Agak lama juga saya tak bercerita tentang Unit Trust atau disebut juga Saham Amanah didalam web saya ni. Ni disebabkan saya sudah pun ada blog yang khusus di www.murtazaosman.com/info untuk membicarakan tentang pelaburan unit trust atau unit amanah ini. Mungkin ramai dah mula membuka mata tentang pelaburan ini tapi saya rasa masih ramai yang diluar sana tidak tahu lagi mengenai kelebihan pelaburan ini…

Oklah untuk tidak menghampakan saya ada menulis beberapa tips untuk pelaburan ini yang mungkin boleh membantu anda. Pada mulanya saya fikir hendak meletakkan harga bagi tips yang saya buat dalam bentuk ebook ini…..tapi setelah difikirkan saya rasa baik diberi percuma kerana ianya mungkin dapat membantu anda memahami tentang pelaburan ini..

Tips laporan ini sepatutnya saya keluarkan awal tahun yang lalu tapi terpaksa di tangguhkan ada beberapa perkara yang harus saya settlekan dulu…sekarang rasanya saya dah bersedia untuk menyebarkanya…bagi yang dah mendaftar di www.murtazaosman.com anda tak perlu daftar lagi, bagi yang belum anda daftar dulu disana dan saya akan berikan tip panduan ini nanti…ok so tunggu…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Long Terms Savings (LTS)


Salam Semua,

Ok sempena pelancaran Mentor Jutawan ni jom kita sambung cerita tentang tabungan mudah yang boleh anda lakukan kearah matlamat anda untuk menjadi seorang jutawan dan bebas kewangan.

Tabungan kedua yang perlu anda wujud, kita namakan ia long terms saving. Akaun ini adalah untuk kegunaan dimasa kecemasan, insurans, simpanan untuk anak dan lain lain yang anda fikirkan perlu. Jika mahu anda boleh wujudkan 2 tabungan yang berbeza bagi akaun ini. Berbeza dengan FFA anda tidak boleh usik duit tersebut melainkan untuk tujuan pelaburan akaun ini adalah untuk masa kecemasan dan pada saya ialah akaun back up untuk anda apabila diperlukan.

Berapakah peratusan boleh anda letak? dicadangkan sebanyak 10% dari jumlah wang yang anda terima. Dan jika anda bercadang untuk wujudkan 2 tabung maka setiap tabung ialah 5%.

Bacaan lain :

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Financial Freedom Account (FFA)

Dah sebulan selepas seminar Millionare Mind saya mempraktik sistem pengurusan kewangan mudah yang disarankan didalam seminar tersebut. Idea mudah dan simple ini sebenarnya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kami diberikan satu blue print sistem pengurusan kewangan yang harus diikuti selama 90 hari, kira kira 3 bulan. Tujuannya adalah untuk menjadikan sistem ini sebati (tabiat) yang kita lakukan hari hari dan pandangan kita terhadap duit.

Baiklah langkah pertama setiap peserta dikehendaki menyediakan 7 tabung tak kiralah dari buluh, tin, balang kuih dan lain lain lagi. Dan setiap tabung harus dilabelkan. Tabung yang pertama labelkan dengan nama “Financial Freedom Account” atau FFA jer. Kegunaan tabung ini adalah untuk simpanan yang tidak akan diusik  kecuali untuk pelaburan, atau perniagaan.  Tabung ini bolehlah anda anggap ianya seekor “Angsa yang bertelur Emas” dimana anda membelanya dengan baik dan subur supaya ia dapat mengeluarkan telur emas untuk anda. Anda juga tidak dibenarkan mengusik nilai pokok yang dimasukkan didalam tabung ini kecuali keuntungan dari pelaburan atau simpanan untuk dilaburkan semula bukan untuk digunakan. Ingat hanya telur angsa emas itu sahaja yang boleh digunakan untuk membeli seekor anak angsa yang akan bertelur emas lagi (harap anda faham yer). Jangan usik langsung akaun ini sampai bila bila.

So berapa peratus yang harus anda letak dalam akaun ini. Hanya 10% sahaja dari setiap duit yang anda terima. Untuk menjadikan ianya satu tabiat jangan peduli berapa duit yang ada untuk dimasukkan kalo boleh lakukan setiap hari hatta 10 sen sehari sebelum memulakan hari anda atau selepas balik dari kerja.  Selepas 3 bulan atau setiap bulan anda boleh pindahkan wang tersebut kedalam akaun bank, ASB, Tabung Haji atau Saham Amanah yang boleh memberi pulangan yang tinggi.

Saya sendiri masih melakukan setiap hari dan saya realise bahawa saya kini mempunyai sudah mempunyai simpanan setiap hari dan saya gembira melakukannya setiap hari. Orait kita sambung lagi nanti cerita untuk 6 tabung lagi.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Jenis Dana Unit Amanah

Salam sejahtera,

Ada permintaan minggu lalu dari seorang sahabat untuk saya menulis tentang jenis jenis dana yang terdapat didalam Unit amanah di Blog saya ini. Mungkin ramai juga yang ingin tahu apakah jenis jenis Dana yang boleh dilaburkan didalam pelaburan anda. Ya mungkin juga apabila disebut tentang dana dana ini anda sudah tahu dimanakah dana ini akan melaburkan wang anda dan apakah tahap risiko atau pulangan yang boleh anda jangkakan.

1) Small Cap Fund.

Dana ini adalah dana yang paling aggresive dimana dana dana ini akan dilaburkan kedalam syarikat syarikat kecil yang belum lagi berkembang tetapi mempunyai potensi untuk menjana keuntungan menurut analisis pengurus dana. Biasanya syarikat syarikat ini masih belum stabil berbanding syarikat syarikat besar.

2) Dana Equity

Dana ini biasanya amat popular dan menjadi tumpuan promosi para consultant kerana dana ini biasanya mampu memberi pulangan yang baik kepada pelabur pelabur. Dana ini biasa akan dilaburkan didalam pasaran equity diBursa Saham. Biasa dana dana ini akan dilaburkan didalam syarikat syarikat yang sudah besar yang sudah mempunyai nama dan mampu memberi pulangan dalam bentuk dividen. Dana ini terbahagi kepada dua

a) Equity Tempatan (local)
b) Equity Luar (Global)

3) Dana Indeks

Dana ini berkait rapat dengan dana equity dimana prestasi dana amat berkait rapat dengan prestasi Indeks di Bursa Saham. Jika prestasi Bursa saham meningkat prestasi dana turut mengikut dan sebaliknya.

4) Pasaran Wang (Money Market)

Dana jenis ini menghadkan portfolio pelaburan kepada pasaran wang sahaja dan mempunyai risiko paling rendah contoh seperti pinjaman institusi kewangan, sekuriti kerajaan dan lain lain lagi. Pelaburan jenis ini boleh disamakan dengan simpanan
deposit tetap. Biasa dana ini digunakan oleh para pelabur untuk “parking”(switching)
sementara pelaburan mereka sebelum memasuki semula pasaran yang lain.
Dan pulangan dari pelaburan ini biasanya rendah.

5) Bond

Dana ini juga adalah lebih kurang sama dengan pasaran wang dimana ianya juga dilaburkankedalam jaminan wang kerajaan (bond) yang biasanya tidak memberikan pulangan yang tinggi Bagi pelabur biasa memang agak sukar untuk membeli bond bond ini kerana biasa ianya memerlukan modal permulaan yang agak besar.

Allrite so rasanya cukup untuk hari ini danakan datang maybe saya akan cerita plak tentang dana dana yang mengabungkan lain lain instrument untuk menjana pulangan dan mungkin bersesuaian dengan citarasa anda.

“Happy Investing”

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »