4 Tips Penting Dropship


Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal

 Saya harap anda sudah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan dropship. Jadi saya akan bawakan terus tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui dropship ini.

 Jom kita lihat  4 tips bagaimana melakukan jualan dari konsep dropship. Kebanyakan cara ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Dapatkan lebih banyak tips tentang dropship di http://www.lubukrahsiadropship.com/index.php?ref=klikjer

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

5 Perkara KRITIKAL Anda MESTI Tahu Untuk Buat Duit Di Internet

Bila bercakap tentang menjana wang yang lumayan dengan perisian (yang akan dirujuk sebagai ’software’ nanti), ramai yang akan terfikir betapa kaya-rayanya Bill Gates yang menjual software Windows, yang digunakan didalam komputer di seluruh dunia. Dengan software, kekayaan Bill Gates mampu membeli sebuah negara (bukan lagi tanah, pulau atau negeri) dan wang tersebut masih lagi tak habis digunakan untuk beberapa generasi.

Itulah hebatnya kekayaan dengan software.

Jika software ini diberikan kepada anda, nak tak anda mengambilnya?

Saya pasti jawapan “YA” merupakan jawapan paling banyak saya terima.

Siapa yang tak nak kaya seperti Bill Gates, bukan?

Malangnya, pada masa yang sama, tak ramai yang menanam cita-cita untukmenjadi mewah seperti Bill Gates. Yang menanam angan-angan tanpa usaha mungkin banyak tetapi ianya tidak ke mana kerana semua orang tahu, “tiada
usaha, tiada hasil”. Lebih malang lagi, mereka tahu yang software merupakan produk terbaik untuk menjana pendapatan yang lumayan. Ianya bukan lagi rahsia tetapi apakah yang membataskan cita-cita mereka untuk menjana pendapatan lumayan dengan software ini?

Mungkin ada sebab mereka tersendiri tetapi untuk merungkai persoalan ini, biar saya terangkan kepada anda 5 perkara KRITIKAL yang anda MESTI tahu untuk buat duit di internet dengan software.

1. Anda tak perlu jadi Bill Gates

Kenapa anda perlu jadi Bill Gates dan bersaing dengan beliau. Agak mustahil untuk anda menandingi beliau sekiranya anda bermula sekarang. Dan, tahukah anda jika anda perolehi 0.00185% daripada $54 billion harta Bill Gates (statistik 2010), anda sudah pun bergelar jutawan? (dalam US Dollar pulak tu). Jadi, masih ada banyak lagi peluang untuk anda tanpa menjadi seseorang yang melakukan revolusi ke atas teknologi dunia.

2. Anda tak perlu cipta software anda sendiri.

Biarkan graduan dan pakar di dalam pengaturcaraan (programming) yang hasilkan software untuk anda. Kenapa perlu anda yang hasilkan software sendiri jika anda tidak tahu menciptanya. Teka apa lagi yang menarik?

Terdapat ribuan individu di luar sana yang sanggup menghasilkan software untuk anda pada harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan usaha anda menghasilkannya sendiri.

3. Anda tak perlu cipta software yang rumit

Software yang terbaik adalah software yang dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain atau memudahkan kerja mereka. Sesetengah aplikasi mudah seperti software yang memberi tahu waktu solat pun mempunyai permintaannya yang tersendiri, dan software sebegini tidaklah serumit software Microsoft Word atau Adobe Dreamweaver. Apa lagi software yang ringkas yang anda boleh fikirkan untuk selesaikan masalah anda sekarang?

4. Anda tak perlu jual software untuk hasilkan pendapatan

Ironi, bukan? Jika tak jual software yang dihasilkan, bagaimana anda dapat buat duit dengan software? Jawapannya ada diterangkan di dalam “Pakar Software” dengan lebih lanjut, tetapi untuk tujuan ini, saya berikan anda satu contoh. Jika anda sediakan ruang iklan di dalam software anda, anda masih dapat hasilkan pendapatan dengan memberikan software anda secara percuma. Hebat bukan? Nak tahu lagi bagaimana menghasilkan pendapatan dengan software, jangan lupa untuk mendapatkan satu salinan “Pakar Software” nanti.

5. Anda tak perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk tembusi pasaran antarabangsa

Ramai yang fikir bahawa untuk menembusi pasaran antarabangsa, mereka perlu mahir di dalam Bahasa Inggeris. Ianya benar jika produk yang anda ingin jual adalah produk informasi seperti ebook atau panduan. Tetapi, dengan software, ianya tidak begitu. Walaupun menguasai Bahasa Inggeris memberikan sedikit kelebihan tetapi ianya tidak bermaksud yang anda MESTI menguasai Bahasa Inggeris untuk buat duit dengan software. Nah, inilah peluang anda untuk buat duit dengan lebih banyak dengan menjual software anda kepada Mat Saleh di Amerika, UK, Australia dan sebagainya.

Di dalam “Pakar Software”, anda akan diterangkan bagaimana anda boleh menembusi pasaran antarabangsa dengan mudah dengan sedikit sahaja pemahaman dalam Bahasa Inggeris.

Kini, semuanya terbentang kepada anda - peluang untuk anda mengecapi satu lagi cabang pendapatan yang lumayan di internet. Inilah ilmu yang belum pernah didedahkan sebelum ini dan hanya dapat diperolehi daripada “Pakar Software” sahaja. Nasihat saya, kuasai ilmu ini sekarang. Di dalam “Pakar Software”, saya cungkil rahsia Patric Chan menjana pendapatan sehingga RM1 juta dengan menjual software di Internet. Saya yakin anda juga boleh melakukannya jika anda percaya dan mengambil tindakan yang betul.

Mari kita tembusi pasaran antarabangsa mulai tahun ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Sekarang, bongkar rahsia bagaimana seorang usahawan internet dari Pulau Pinang menjana sehingga RM1 juta dengan menjual software, dan
beliau bukanlah seorang Mat Saleh yang anda fikirkan. Lawati http://www.cy-ber-shop.com/Pakar-Software dan jangan tunggu lagi. Dapatkannya Sekarang!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM20K 20 hari dan RM50 Diskaun dari Saya

Salam Hebat buat semua :smile:

Saya harap anda ada melihat program yang baru dilancarkan oleh Suthan di laman web ini:

http:20ribu20hari.com 

Suthan M. melancarkan satu program yang dipanggil “RM20,000 Dalam 20 Hari” yang memecahkan rahsia bagaimana dia menjana pendapatan 5 angka sebulan sejak 2005 lagi di persada antarabangsa.

http:20ribu20hari.com

Method rahsia dia menggunakan “infoproduk marketing+produk launch” dan anda mesti menyukai features program dia.

Salah satu features kesukaan saya ialah- step by step aktiviti plan harian untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari.

http:20ribu20hari.com

Banyak program internet tidak memberi gambaran jelas apa “aktiviti harian” atau “daily step” yang perlu diambil. Rata rata samar tunjuk method betul buat duit.

Lain pula program saudara Suthan ini. Dia menjanjikan sukses sekiranya anda menggunakan method yang dia reka untuk menjana wang RM20,000 dalam 20 hari.

Kalau ada RM20,000 mesti best kan ??
Boleh bayar hutang, boleh buat investment, boleh makan besar, boleh pergi holiday..

Apa anda tunggu lagi..

Go and get it!! :wink:

Opsss sebelum terlupa tawaran diskaun RM50.00 dari saya. Jika anda membeli Program ini dari link saya maka anda layak untuk mendapat diskaun atau refund sebanyak RM50.00 dari saya dan tawaran ini sehingga 30 June 2010 sahaja.

Bagaimana caranya!!!mudah aja…

  1. Clearkan cookies di komputer anda
  2. kemudian beli Program ini dari link saya diatas.
  3. email kan saya bukti pembelian dengan tajuk “Diskaun RM50.00
  4. saya akan buat semakan.
  5. saya akan refund semula RM50.00 wang anda apabila saya menerima bayaran dari owner program ini.
  6. sebarang pertanyaan sila hubungi saya tazamfn @ gmail.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Produk Score A

Salam Semua,

Kalo sebelum ni saya dah cerita sikit perihal bisnes score A dan juga konsep E-Dagang hari ni saya nak kongsi ikhlas tentang produk score A.

Ok ini merupakan staterpack portal score A. Ianya beharga RM596 untuk kegunaan 2 orang anak selama 6 bulan. Ianya berbentuk seperti reload kad dimana untuk mengaktifkannya anda perlu menggores bahagian yang hitam itu dan membuat pendaftaran di website score A.  Kalo nak beli satu pun boleh tak de masalah satu kad portal beharga RM298.

 scoreportal.JPG

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengaktifkan portal score A dengan memasukkan butiran yang diminta kemudian dah boleh guna semudah anda mengaktifkan portal perbankan anda cth Maybank2u atau CIMB Cliks.

Jika anak anda ingin mengulangkaji pelajaran atau mencuba latihan latihan yang disediakan, anak anda hanya perlu log in dibahagian “student login”. Dan untuk anda memantau perkembangan pelajaran anak anda satu e-report card akan disediakan untuk anak anda. Anda hanya perlu login dibahagian “parent login” untuk melihat prestasi anak anda. Malah satu sistem SMS juga akan anda terima apabila anak anda selesai melakukan tugasan mereka.

ereportcard.JPG

Produk Score A ini boleh digunakan oleh pelajar bermula dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Silibus atau sukatan pelajaran adalah mengikut format yang diguna pakai di Sekaolah Sekolah dalam Malaysia malah terdapat lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini.

Antara Silibus Pelajaran yang terdapat didalam program ini:-

UPSR (Darjah 1 hingga 6)

  1. Bahasa Melayu.
  2. Bahasa Inggeris.
  3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Cina).
  4. Sains (Bahasa Inggeris dan Cina).
  5. Bahasa Cina.

PMR (Tingkatan 1 hingga 3)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik (Bahasa Inggeris)
  4. Sains (Bahasa Inggeris)
  5. Sejarah
  6. Geografi
  7. Bahasa Cina

SPM (Tingkatan 4 dan 5) - Aliran Sastera

  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Sains
  5. Perdagangan
  6. Prinsip Akaun
  7. Ekonomi Asas

SPM (Tingkatan 4 dan 5) - Aliran Sains.

  1. Bahasa Inggeris
  2. Matematik
  3. Sejarah
  4. Fizik
  5. Kimia
  6. Biologi

Ok saya rasa itu serba sedikit info tentang produk score A. Inysallah saya akan postkan pula ciri ciri menarik produk score A didalam post yang akan datang. Sebarang pertanyaan tentang produk ini boleh hubungi saya ya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »