Bisnes E-Dagang

Salam,

Hari ni saya nak share konsep bisnes yang berasaskan e-dagang. Bila sebut pasal e-dagang ni tidak dapat tidak kita akan mengaitkan dengan MLM atau Networkmarketing yang kini semakin popular. Apabila cakap pasal e-dagang tak dapat tidak juga ia berkaitan dengan perniagaan melalui Internet.

Mengapa Internet?

Saya nak kongsi satu cerita kalo anda masih ingat MAS VS Air Asia dimana kita tahu, MAS merupakan Syarikat Penerbangan Pertama Malaysia. Kalo dulu kita nak beli tiket MAS macamana? Melalui kaunter tul tak dan kaunter tu plak bukak kol 9.00pg hingga 5.00ptg lepas tu dah tak boleh nak beli. So bila Air Asia memperkenalkan pembelian tiket melalui laman web Syarikat itu meraih untung dalam masa yang singkat saja dan menjadi poular berbanding MAS. Ini sebab dengan memperkenalkan pembelian tiket melalui online lebih memudahkan malah 24 jam. Banyak lagi contoh lain seperti Maybank2u dan lain lain lagi.

 

So sekarang anda dah tahukan mengapa bisnes e-dagang kini makin popular dikalangan syarikat MLM. Pada saya ini perkembangan yang sihat sebab banyak kerja kerja administration dapat dilakukan dengan mudah contoh:

  1. Pendaftaran Ahli
  2. Semakan pembayaran komisen
  3. Senarai Downline
  4. Aktiviti Syarikat

Perkara ini memudahkan ahli ahli untuk mendaftar ahli ahli tanpa menghantar borang ke Pejabat yang berkemungkinan akan hilang dan sebagainya. Malah ada sesetengahnya tidak lagi perlu menghantar barang terus kepada pelanggan kerana segalanya akan diuruskan oleh pihak syarikat:-

Antara Bisnes MLM berkonsep e-dagang yang pernah saya ceburi dan masih aktif hingga sekarang :

  1. Score A - Pendidikan (Terbaru)
  2. Mymode - Prepaid
  3. Masterelode - Prepaid
  4. RAFA (dah tak aktif)

Harap harap korang dah nampak sikit…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Score A Programme

Salam Sejahtera,

Ok straight to the point hari ni saya nak kongsi ikhlas satu peluang perniagaan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang rendah iaitu e-education Score A. Terlebih dahulu biar saya cerita sikit kenapa anda boleh pilih perniagaan ini.

1) Produk.

Produk pendidikan iaitu silibus pembelajaran dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 dan mengikut Silibus yang sama seperti di Sekolah. Produk Score A merupakan produk keperluan dan berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah. Antara kelebihan lain produk Score A tidak mempunyai persaingan dan produk ini juga tidak bermusim kerana setiap tahun akan ada pelajar yang memasuki alam persekolahan.

2) Potensi Pasaran.

Terdapat lebih kurang 5.5 juta pelajar dari darjah satu sehingga tingkatan 3 dan lebih kurang ada 1.5 juta pelajar ditingkatan 4 dan 5. Dan setiap tahun tidak kurang dari 1 juta pelajar baru akan memasuki darjah 1. So anda boleh lihat potensi pasaran untuk memasarkan produk ini tidak terhad dan tidak bermusim malah ianya tidak akan mudah tepu dan berjangka panjang.

3) Prasarana

Anda boleh gunakan produk ini 24jam selagi mana ianya boleh diekses melalui internet. Malah sebagai usahawan Score A anda akan mempunyai sebuah office maya yang dipanggil K-Office untuk anda memantau perjalanan perniagaan anda (e-dagang).  Program Score A ini diasaskan oleh Kenshido International Sdn Bhd yang sudah 10 tahun berada didalam pasaran sejak tahun 1999 lagi. Pada tahun 2006 mula memasarkan produk score A melalui sistem Networking jika masuk tahun ini baru mencecah 3 tahun.

4) Pelan Pemasaran.

Menggunakan sistem Hybrid dimana anda boleh menjana pendapatan secara mingguan dan bulanan. Malah pay out adalah tertinggi sehingga 83% kerana kos  overhead produk yang sangat rendah. Baru baru ini pihak Syarikat telah melantik Panel Syariah untuk memantau perjalanan sistem ini dan ini merupakan yang pertama bagi company MLM.

5) Pengiktirafan

8 menteri telah mengiktiraf dan melancarkan portal  Score A ini.

6) Prinsip Syarikat

Menyokong aspirasi kerajaan untuk mengwujudkan satu rumah satu komputer. Tambahan pada 2010 kebanyakan sekolah di Malaysia akan mengguna pakai konsep Sekolah Bestari 100%.

Jika anda menyertai usahawan score A juga anda bertuah kerana saya bernaung dibawah kumpulan ZRB Millionare Club dimana kekuatan kumpulan ini adalah gerakan berkumpulan dan latihan yang diberikan mampu menjana pendapatan sekurang kurangnya 5 angka sebulan. Apa yang diperlukan komitment anda saja.

Jika berminat anda boleh menghubungi saya di 019-3649613 atau email ke tazamfn @ gmail.com atau lawati www.jomscorea.info untuk maklumat lanjut.

Jumpa anda di angkasa kejayaan :smile: 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?

Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.

Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.

Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.

Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.

K-S-P

Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.

K = Kenal

S = Suka

P = Percaya

Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.

Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.

* Kenal

Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”

Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.

Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.

Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.

Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).

Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.

Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/taza

Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.NamaAnda.ws pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.

* Suka

Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.

Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.

Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.

Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.

Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.

Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.

Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.

Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.

Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.

* Percaya

Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.

Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.

Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.

Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.

Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.

Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.

Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.

Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/taza  untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Global Domain International GDI

Jana Pendapatan Sekarang!
Salam Semua,

Mood raya saya rasa dah sampai ke penghujungnya dengan jemputan Rumah Terbuka dah makin berkurangan, pada yang menjemput terima kasih diucapkan. Ada yang sempat saya hadiri ada juga tak sempat so jangan marah ya..

Ok kali ni just nak kongsi cerita tentang satu peluang pendapatan yang anda dapat melalui perniagaan internet. Masih ingat tak lagi tentang Rahsia Paypal yang saya war warkan sebelum raya dulu…Jika anda masih tercari cari peluang menjana pendapatan dengan modal rendah maka saya ingin mengesyorkan Perniagaan Global Domain International ini. Dengan modal hanya RM35 (10usd) sebulan anda berpeluang menjana pendapatan sehingga RM60k sebulan hanya dari rumah.

Global Domain International atau GDI merupakan penyedia/pemjual domain dan hosting bagi domain .ws . Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS ke seluruh dunia GDI juga yang merupakan syarikat #37 dalam Inc. 500 “List” of the USA’s 500 fastest growing private companies dan #5 in the state of California.

Domain dan Hosting  secara ringkasnya :

  1. Domain - Nama / alamat website kita
  2. Webhosting - Komputer (server) di internet yang menyimpan fail-fail, biasanya fail website kita.

So apa yang anda perlu lakukan hanya pergi ke www.rahsiapaypal.ws dan buat pendaftaran percuma. Anda akan diberikan 7 hari free trial dan cuba manfaatkan sebaik mungkin.

Bagi membantu anda mempromosikan GDI kepada rakan atau prospek anda. Team kami telah menyediakan satu web promosi secara percuma seperti dibawah untuk anda mempromosikan perniagaan ini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui contact form diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous Page