Staged.com cara baru share video

Salam Hebat,

Social media kini menjadi platform terbaru untuk kita berkongsi cerita atau berita, even kucing kita sakit pun, kalo boleh kita nak kongsi jugak…kalo ada banyak nak cerita biasa ada yang suka menulis di blog. Kalo macam trend sekarang short massage ni ramai yang prefer post kat Facebook atau Twitter…ada yang suka kongsi video, gambar dan macam macam lagi lahkan.

Hari ni saya nak kongsi satu cara untuk share video di social media supaya video and nampak menarik…anda boleh gunakan templete yang disediakan oleh Staged.com dan yang lebih penting ianya percuma…anda cuma perlu daftar dan selepas tu ambil url video dari youtube, vimeo dan banyak lagi sumber kemudian paste di akaun anda di staged.com.

Salah satu contoh yang saya buat ialah preview Harry Potter ini ==> http://www.staged.com/video?v=feh dan anda boleh kongsikan di Twitter atau Facebook anda…

Selamat mencuba :wink:

p/s : Nanti saya akan kongsikan plak bagaimana and boleh buat duit dengan staged.com ya…. :wink:

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM pertama dari Internet

Salam hebat buat semua :)

Rata rata pembaca blog ni saya assume semua dah pernah mendapat RM1 pertama dari Internet. Walopun anda sebenarnya bukan peniaga di Internet atau menjalan perniagaan melalui internet. Jika tidak pernah saya ada berita baik untuk anda kerana rakan IM saya ada mengeluarkan satu laporan khas dan ianya PERCUMA untuk anda baca.

Klik Sini untuk mendapatkanya====> goo.gl/tuuz9

Teknik yang diajar memang mudah malah anda tak perlu pun susah susah pun nak buat website.

Teknik 1 - Guna facebook & Facebook Ads.

Saya percaya ramai yang ada akaun facebook, kalo takder memang dianggap ketinggalan sebab Facebook selain dari sembang kosong macam macam info boleh kita kongsi…malah kalo kita lihat hari banyak syarikat syarikat besar menggunakan FB sebagai medium pemasaran…kenapa tidak kita :)

Teknik 2 - Forum Ads, Forum Signature dan Forum Banner Ads.

Salah satu Teknik yang boleh anda gunakan ialah Forum. Ini adalah kerana forum yang popular mempunyai jumlah pengunjung yang agak ramai. Saya juga menggunakan teknik ini untuk mempromosi produk produk sama ada affiliate atau produk fizikal. Saya tunjukkan salah satu produk affiliate yang saya promosi hanya menggunakan 2 Teknik ini sahaja…salah satunya

Promosi melalui Forum

Hasil dari promosi Forum dan Facebook sahaja

Oleh kerana saya tidak fokus 100% mempromosi masih ada jualan terhasil dari promosi tersebut ok la kan daripada takder sekurang kurangnya boleh cover duit broadband ok la ye tak…

So anda juga boleh buat duit pertama dari Internet…download panduan percuma ini dan take action….

======> goo.gl/tuuz9 

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Adakah anda sedang mencari designer?

Salam hebat,

Ramai juga sekarang dah mula berniaga di Internet. Ramai juga rakan rakan tanya pandai ko design website, atau macamana ar ko design website. Yup soalan tu kadangkala hampir setiap hari ditanya. Kalo nak tau saya memang tak pandai langsung nak design website, banner, minisite, logo dan macam macam lagi. Abis camner ko leh ada website dan design yang cantik?

Soalan di atas ini saya rasa tidak perlu ditanya sebab kalau anda cari sahaja di Google, berlambak laman web-laman web yang menawarkan servis design minisite, ecover dan lain-lain.

Cuma saya ingin kongsikan sesuatu kepada anda satu laman web penyedia perkhidmatan design yang dikenali sebagai VirtualNiaga.

VirtualNiaga, yang sudah berpengalaman 3 tahun dalam bidang design ini, kini sedang menawarkan diskaun 10% terhadap mana-mana pakej yang mereka tawarkan kepada orang ramai.

Yang menariknya, diskaun ini sah sehingga 31 Ogos 2011.

Menurut CEO VirtualNiaga,saudara Mazlie Nadzri,diskaun ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai mendapatkan servis mereka sempena bulan Ramadhan ini.

“Ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh orang ramai”, kata Mazlie Nadzri.

VirtualNiaga menawarkan pakej-pakej yang menarik dari serendah RM60.

Untuk maklumat lanjut layari laman web VirtualNiaga sekarang di bawah ini :

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Solat dan Manfaat

Salam semua,

Lama tak menulis di blog, memang saya akui agak sibuk sedikit semenjak dua menjak ni. Hari ni cuaca ditempat saya memang cerah, panas dari pagi sampai petang. Hujung minggu biasanya saya agak bawa keluarga jalan jalan cuma minggu ni terasa macam nak habiskan masa duduk rumah, tonton tv, baca surat khabar dan tak lupa update beberapa blog saya.

Cakap pasal baca surat khabar, saya terbaca sesuatu yang menarik di akhbar Harian Metro tentang manfaat dalam solat. Kalo ada yang tak sempat beli Metro Ahad saya kongsikan disini semoga ia bermanfaat buat anda.

1. Posisi Pertama - berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.

Faedah - badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada 2 kaki. Belakang badan tidak bongkok serta fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. Posisi ke2 - berdiri betul serta membaca al-Fatihah dan surah.

Faedah - menimbulkan konsentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, mengerakkan, dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A, I, U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal, dan paru paru, membersihakan serta meningkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

3. Posisi ke 3 - Rukuk

Faedah - merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah di pam kbadan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4. Posisi ke 4 - Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk.

Faedah - darah yang baru bergerak masuk kedalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. badan mendapat semula waktu rehat dan mlepaskan ketengangan.

5. Posisi ke 5 - Sujud

Faedah - lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakan perut buncit. Menambah aliran darah kebahagian atas badan, khususnya kepala ( termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru paru. “mental toxin” minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggalkan makam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi keseluruh badan malah kedudukan sujud adalah pati kepada ibadat  solat.

6. Posisi ke6 - duduk antara dua sujud

Faedah - tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini mmbantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

7. Posisi ke7- sujud kedua

Faedah - memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan beban, kebahagian emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8. Posisi ke8 - bangun semula daripada sujud.

Faedah - peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh  dan memberikan rehat yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut kebawah.

sumber artikel - Metro Ahad 17 April 2011.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Next Page »