Pilihan Raya Umum ke 12
Yup nampaknya dalam keadaan sekarang tidak dapat tidak atau serba sedikit bahang Pilihan Raya sudah mula membara. Semalam adalah hari penamaan calon dan 8 Mac ini adalah kemuncak segala segala dimana semua warga negara yang sudah cukup umur dan berdaftar akan menunaikan hak kewarganegaraan masing masing.
Oh semalam juga saya pulang ke Kampung saya Jelebu, Negeri Sembilan. Teringat saya pada zaman saya sekolah dahulu jika waktu waktu begini rumah saya dikampung sudah tentu menjadi bilik gerakan bagi Barisan Nasional dan Umno kerana Datuk saya merupakan ketua cawangan pada waktu itu…kini tidak lagi tetapi suasana tetap seperti dahulu hangat bila tiba waktu begini isu yang menjadi perbualan kami ialah siapakah calon yang akan mewaklili kawasan kami pada kali ini.
Apa lagi masa masa cam ni seronok jumpa kawan lama ada yang memang aktif dalam politik dan macam macam cerita politik boleh dengar, dan ada juga yang berjaya sebagai peniaga. Untuk saya ha ha apa lagi masa nilah promote pelaburan unit trust pada kengkawan yang berminat…
Parlimen Jelebu menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 antara pas dan Barisan Nasional. Kawasan ni sejak saya lahir sampai sekarang memang kubu kuat Barisan susah parti lawan nak masuk tapi tak tau lah tahun nih…dan penyandang masih sama Datuk Seri Rais Yatim…Bagi kawasan DUN plak ialah Datuk Yunus Rahmat (BN) lwn ngan PAS (tak ingat nama) tapi dia ni anak pengetua sekolah saya dulu…kawasan DUN sebelum ni dimenangi oleh BN dan wakilnya ialah cikgu pengakap saya dulu kami panggil dia cIk Jalal nampaknya dia digugurkan penggal ni..
Apa pun saya harap kempen dijalankan dengan bersih dan adil tidak kira sapa yang menang jalankan tanggujawab yang diberikan oleh rakyat dengan sebaiknya. Dan pada warga negara Malaysia inilah masa untuk anda memilih dan membuat kepututusan gunakan hak yang diberikan sebaiknya yosh…Selamat Mengundi.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted February 25, 2008
Comments(0)





