Kisah Bilis Dan Jerung Berenang
Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.
Baiklah hari ini saya berminat untuk menjadi seorang penglipur lara. Pernahkah anda dengar Ikan Jerung dan Ikan Bilis berenang bersama sama. Kalo dah pernah abis jer saya cerita anda citer plak diruangan komen yer mungkin citer anda version lain plak… he he.
Ada 2 Ikan bilis yang berkawan baik iaitu nemo dan cat. Satu hari mereka berhasrat untuk mecari tapak permainan yang baru untuk bermain. Tapak yang baru ni memang sangat happening tetapi ditapak ini ada juga sekawan jerung yang juga suka bermain disitu. Keadan tapak permainan ini kadangkala tenang dan kadangkala bergelombang besar Cat dan Nemo behasrat untuk bermain bersama sama jerung tersebut.
Dalam masa bermain kedua dua sahabat ini bermain bersama jerung dengan cara yang berbeza Cat mengangap dia sudah cukup hebat dengan sedikit pengetahuan tentang sang jerung dan gelombang, cat merasakan dia mampu bertahan dan memenangi permainan dengan bersaing dengan jerung jerung tersebut jadi dengan sedikit persiapan dia memulakan permainan. Ketika memulakan permainan kesemuanya berjalan dengan lancar dengan kekuatan arus yang agak sederhana deras dia berjaya bertahan melepasi rintangan pertama malangnya oleh kerana terlalu yakin tanpa mengambil kira kekuatan dan kelemahan dirinya dia berhasrat bermain dengan lebih aggresif melawan arus yang lebih deras dari yang pertama malangnya oleh kerana tidak berupaya menagkis serangan arus deras ianya kecundang sehingga tidak dapat bermain lagi tetapi sang jerung terus bermain dengan rileks dan terseyum memandang cat.
Berbanding Cat, Nemo memilih jalan selamat ketika bermain disitu. Dia telah berjumpa dan berkenalan dengan Mr Frankie seekor ikan pembersih sisa yang sentiasa berada dibawah perut jerung berkenaan dan sentiasa memberi maklumat tentang keadaan tapak permainan kepada Nemo. Mr Frankie akan memberi maklumat tentang jerung jerung ni dan juga keadaan arus di padang permainan, bila jerung aggresive dan bila dia berkeadaan lemah. Jadi Nemo tidak perlu risau jika ingin keluar bermain kerana dia tahu waktu bila hendak pergi bermain dan bila waktu yang tidak sesuai untuk keluar tambahan lagi adakalanya Nemo akan berenang bersama sama jerung untuk bermain walaupun tempiasnya kecil tapi Nemo berpuas hati kerana adakalanya dia mendapat kemenangan yang besar juga.
So jadi lah seperti Nemo jika anda tidak mengetahui tentang padang permainan anda belajar dulu ataupun dapatkan bantuan consultant macam Mr Frankie. Jika anda tidak mampu melawan Jerung yang bermain dilautan dan gelombang yang besar so bermain dulu dilautan yang tenang dapatkan informasi tentang keadaan cuaca dan padang permainan baru. Jika masih tak mampu anda upah saja sang jerung bermain untuk anda melalui Mr Frankie kerana dia mampu berenang didalam apa jua keadaan. Dalam bermain setiap hari adalah learning proses so be happy.
“Knowledge for Happy Investing”
p/s : jika anda ada pendapat tentang cerita ini atau anda ada versi lain kisah ini boleh post diruangan komen yer. Maklumbalas dari anda amat di alu alukan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Posted February 19, 2008
Comments(4)





