MurtazaOsman.Com pre luanch

Salam sejahtera…

Satu lagi tazamfnbiz.com network akan saya lancarkan tidak lama lagi iaitu MurtazaOsman.Com yang akan mengfokus kepada Wealth Consultants yang sedang saya lakukan sekarang ini. Melalui MurtazaOsman.Com info info mengenai Pelaburan Unit Trust akan terus sampai ke email para pembaca..

Sebenarnya web ni dah online sejak minggu lepas lagi walaupun dalam pre launch sudah banyak juga email yang subscribe terima kasih saya ucapkan kerana menyokong MurtazaOsman.Com. Jadi minggu hadapan MurtazaOsman.Com akan berwajah baru setelah tempahan minisite yang saya buat dari CheapestDesign siap. Yang menarik tentang minisite atau web saya pada kali ini ialah kesemua design dan sales latter saya outsource tidak lagi buat sendiri dan hasilnya memang puas hati. Oh terima kasih pada RMCopy yang mengdraft sales letter tu…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Bagaimana nak Jadi UT Consultant…

Ada soalan dari pembaca Blog saya bertanya bagaimana ingin menjadi seorang Unit Trust Consultants. Jadi saya rasa elok saya kongsi disini dengan semua pembaca yang berminat untuk menjadi seorang Consultant Unit Amanah (UTC) sama ada secara sepenuh masa (full time) atau separuh masa (part time).

Pertama, kita lihat dulu kelayakan yang diperlukan iaitu anda mestilah berumur 21 tahun keatas dan berkelulusan sekurang - kurangnya minima SPM.

Kedua, Anda cari agensi/intoducer/unit trust consultant dan hubungi mereka mengatakan anda berminat untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant bagi Company/Agensi tersebut…jika berminat untuk jadi UTC di CIMB Wealth Advisors boleh contact saya….dokumen yang perlu disediakan (bagi CIMB WA UTC) :

  1. 6 Keping Gambar Pasport/IC
  2. 2 photocopy Sijil/Diploma/Ijazah (bawa juga yang original) 
  3. 2 photocopy IC
  4. 2 photocopy muka depan saving passbook (bagi CIMB WA buka akaun CIMB Bank).
  5. Yuran peperiksaan/lesen (RM348 bagi CIMB WA termasuk tutoriol, exam fee FMUTM, dan courses)

Ketiga, selepas mendaftar dapatkan tarikh peperiksaan anda dan bersedia untuk ke tutorial sebelum peperiksaan FMUTM dan juga product fundamental.

Keempat, Selepas menduduki FMUTM exam dan lulus anda secara rasmi sudah bergelar UTC dan untuk mewakili company yang anda sertai satu agen code akan dikeuarkan oleh company UT anda dan anda sudah layak menjual dan terima komisyen.

Untuk berjaya sebagi consultant yang bejaya anda haruslah datang dan participate didalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Agensi anda kerana pada masa inilah top top leadear akan berkongsi rahsia kejayaan mereka..training adalah percuma (bagi agensi saya…dan saya rasa kebanyakan agensi adalah sama).

Semoga info ini dapat membantu anda untuk menjadi UTC dan seterusnya berjaya mencapai segala impian anda.

p/s : Berminat untuk jadi UTC di CIMB WA bagi Agensi No. 1 di CIMB WA boleh contact saya di talian 019-3649613 atau email tazamfn @ gmail.com atau layari www.tazamfnbiz.com/peluang-kerjaya.

p/s/s : Web terbaru saya mengenai UTC telah pun online sejak semalam dan masih dalam tempoh percubaan untuk melihat dan beri komen boleh layari www.murtazaosman.com.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Melabur Unit Trust Melalui EPF.

Orait just straight foward bagaimana anda hendak melabur didalam Unit Trust menggunakan Wang Simpanan KWSP atau EPF anda. Akaun EPF anda terbahagi kepada 2. Akaun 1 (70% ) dan Akaun 2 (30%). Hanya akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk dilaburkan.  Untuk melabur  hanya 20% dari jumlah baki simpanan akaun 1 selepas ditolak baki simpanan yang perlu ada mengikut umur yang boleh dikeluarkan seperti jadual dibawah:-

Cth : Katakan anda berumur 30 tahun pada tahun ini dan jumlah simpanan anda didalam akaun 1 Epf (sahaja)  ada RM50,000. So jumlah yang boleh anda laburkan didalam Unit Trust ialah :-

RM50,000 - RM18,000 (Jumlah yang tidak boleh dilaburkan) = RM32,000

RM 32,000 (Jumlah yang boleh dilaburkan) x 20% (yang dibenarkan untuk pengeluaran)

= RM6,400 sahaja yang boleh di keluar dan dilaburkan didalam unit trust untuk bulan pertama*

* Untuk melabur didalam unit trust pengeluaran boleh dibuat setiap 3 bulan.

So nampak tak berapa jumlah pengiraan yang boleh anda laburkan kedalam unit trust melalui akaun EPF anda. Bagaimana hendak mengeluarkanya serahkan kepada Unit Trust Consultant anda apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan photocopy IC anda depan dan belakang diatas satu kertas A4 dan pastikan anda bersedia dengan EPF statement anda.

Happy Investing……

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Nak Guna Strategy Apa?

Yup just nak kongsi dengan anda bakal pelabur Unit Trust semua :smile: apakah strategi yang boleh digunakan bila anda dapati market berada dalam keadaan seperti ini:-

1) Uptrend (Bukan company MLM tu yer :wink:)

Ada 2 strategi yang anda boleh gunakan bila pasaran menaik didalam unit trust..

Buy and Hold - Salah satu cara menjana keuntungan dalam jangka masa panjang contohnya 10 tahun maka walaupun pasaran menaik dan menurun secara puratanya ianya masih memberi pulangan 10% - 15% setahun. Syaratnya Dana yang dilaburkan ada memberi dividen atau bonus.

Buy and Sell profit - Jika anda telah menetapkan bahawa anda inginkan profit 10% - 15% maka bila portfolio anda telah dicapai maka redeem profit anda dan laburkan semula pada fund yang lain atau baru jika ada.

2) Side Way - Bila pasaran berada dalam keadaan ini cara yang paling baik ialah ambil peluang membeli jika ada bonus atau dividen declaration.

3) Down Trend - Biasanyer inilah waktu yang paling bagus untuk membeli dan bagi yang sudah melabur adalah waktu untuk meminimumkan jumlah harga dana yang anda beli pada waktu tinggi melalui Dollar Cost Averaging dan anda boleh untung dengan cepat bila pasaran pulih atau uptrend. Ini adalah kerana kebanyakan Dana akan berada pada harga rendah waktu ini.

So selamat melabur jika anda berminat untuk mendapatkan seorang consultant  unit trust untuk anda boleh hubungi saya di talian 019-3649613 atau email tazamfn @ gmail.com.

p/s : sejajajar dengan perkembangan kumpulan saya juga mempelawa individu individu yang berminat dengan kerjaya perunding unit amanah untuk menyertai saya secara sepenuh masa atau separuh masa. Maklumat Lanjut boleh klik disini

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »