Dollar Cost Averaging (DCA)
Dollar Cost Averaging (DCA) adalah salah satu cara pelaburan tetap yang kita lakukan sama ada secara bulanan, setiap 3 bulan atau setiap tahun secara tetap bergantung kepada kemampuan anda. Konsep ni bertujuan untuk mengurangkan risiko pelaburan yang kita buat.
Konsep ini boleh juga diguna pakai untuk mengurangkan risiko pelaburan anda didalam unit trust. Konsep dimana anda mendisiplinkan diri anda untuk melabur secara tetap untuk mengurangkan risiko akibat daripada turun naik harga pasaran dimana pelabur akan mendapat lebihan unit pelaburan apabila harga rendah dan sedikit unit pelaburan pada harga tinggi. Dan secara puratanya pelabur dapat mengurangkan risiko pada harga purata. Orait jom tengok contoh berikut:-
Market Up Trend
| Month | NAV per unit (RM) | Monthly investment (RM) | Units accumulated |
| 1 | 0.89 | 200 | 225.33 |
| 2 | 0.9 | 200 | 223.14 |
| 3 | 0.9 | 200 | 222.2 |
| 4 | 0.92 | 200 | 216.61 |
| 5 | 0.94 | 200 | 213.61 |
| 6 | 0.96 | 200 | 208.81 |
| 7 | 0.96 | 200 | 207.36 |
| 8 | 1 | 200 | 200.38 |
| 9 | 1.02 | 200 | 196.68 |
| 10 | 1.02 | 200 | 195.48 |
Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,109.60
Average cost per unit: RM0.9480
Average NAV (10 months): RM0.9504
Kesimpulan : Walaupun semasa pasaran menaik anda masih untung jika anda melabur secara tetap kerana kos purata per unit masih rendah berbanding berbanding kali terakhir anda membeli.
Market Down Trend.
| Month | NAV per unit (RM) | Monthly investment (RM) | Units accumulated |
| 1 | 0.89 | 200 | 225.33 |
| 2 | 0.87 | 200 | 231.19 |
| 3 | 0.85 | 200 | 235.02 |
| 4 | 0.84 | 200 | 237.3 |
| 5 | 0.83 | 200 | 241.28 |
| 6 | 0.81 | 200 | 246.85 |
| 7 | 0.8 | 200 | 250.38 |
| 8 | 0.77 | 200 | 258.9 |
| 9 | 0.76 | 200 | 261.92 |
| 10 | 0.74 | 200 | 268.85 |
Invested amount: RM2,000
Unit accumulated: 2,457.02
Average cost per unit: RM0.8140
Average NAV (10 months): RM0.8164
Kesimpulan : Walaupun anda masuk pasaran/melabur pada harga tinggi sekiranya anda disiplin dan melabur secara tetap anda akan dapat mengurangkan kos per unit anda dan apabila pasaran menunjukkan carta up trend anda sudah boleh membuat keuntungan kembali tanpa perlu menunggu harga pembelian asal.
Jika berminat untuk mendapat seoarang konsultant unit amanah untuk mempelbagaikan portfolio simpanan dan pelaburan anda bolelah hubungi saya.
Happy investing ![]()
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!








thanks for sharing this info. cara ni sesuai untuk mengurang kan risk, tapi at the same time, cara ni jugak akan menyebabkan return pun berkurangan. Ada tak cara untuk kurangkan risk, tapi return tetap sama?
thanks kimi soalan yang bagus, ada beberapa cara yang boleh digunakan salah satu nyer swithcing fund dimana ketika keadaan market menurun ada sesetengah consultant akan menukar fund dari equity ke Money Market dan Swicth semula apabila market menunjukkan tanda pemulihan. Dan yang lebih menarik jika di CIMB ianya percuma.
So untuk memaximise keuntungan ianya bergantung kepada strategi yang kita gunakan mengikut situasi. harap menjawab soalan….
Taza, tumpang tanya, camana cara hang dapat kira purata kos per unit tu, purata NAV aku tau, tp kiraan kos tu camana? sebab aku nak buat chart tunjuk pada klien…thanks taza