Inflasi..Inflasi..Inflasi
Selalu gak kita dengar orang berkata tentang inflasi nih. Yup ianya berkaitan dengan kenaikan harga barang sejak mutakhir ni. Inflasi juga menyebabkan kuasa beli yang ada ditangan kita semakin merosot. Yang paling ketara apabila berlakunya inflasi ialah bila time minyak naik
dan gaji naik dengan secara tak langsung harga barang pun naik…ohhh..
Ada 2 jenis inflasi
- Inflasi yang diumumkan oleh kerajaan dan biasanya cara pengiraan inflasi cara ini ialah dengan mencampurkan pendapatan seluruh isi rumah seluruh Malaysia dengan mengambil kira hanya purata saja, selain itu hanya barang barang kawalan saja yang diambil kira didalam pengiraan sepert gula, tepung, minyak masak dan lain lain barang. Kadar inflasi yang diumumkan biasa sekitar 2% - 5%.
- Inflasi yang kedua dan mendatangkan impak yang sebenar kepada kehidupan kita ialah inflasi gaya hidup. Ini dapat kita lihat dibandar bandar besar seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan lain lain lagi. Kalo dulu kita mungkin minum kopi dirumah yang dihidangkan oleh mak atau isteri kita mungkin dengan kos hanya RM0.30 kini dan meningkat pada RM10++ sebab sekarang ni ketagih minum kopi starbuck. Jadi secara tak langsung meningkat kos sara hidup yang tinggi untuk menampung gaya hidup kita yang semakin tinggi.
Oleh sebab itu bukan saja anda malah saya juga mengeluh bila mana melihat kos sara hidup yang makin meningkat dan memikirkan bagaimana ingin terus bertahan dalam keadaan ini. Salah satu cara ialah menambah pendapatan atau mintak gaji naik supaya ianya setara dengan kos. Bagi yang menyimpan sudah tentu anda memikirkan bagaimana untuk menggandakan wang simpanan supaya tidak ditelan inflasi…
Oh ya jika sebelum ini saya ada menggunakan Rule 72 untuk mengandakan wang maka rule ini juga boleh digunakan untuk mengira bilakah nilai wang kita akan menjadi setengah. Contoh RM1000 simpanan kita dengan kadar inflasi 5% maka 72/5 = 14.4 atau lebih kurang 15 tahun nilai simpanan kita hanya bernilai RM500 sahaja.
So jika berminat untuk menggandakan nilai simpanan anda boleh hubungi saya kerana saya ingin memperkenalkan produk yang sangat innovatif yang boleh memberi pulangan 10% - 15% setahun dan saya begitu komited untuk membantu anda menggandakan simpanan atau mencapai kebebasan kewangan
p/s : tidak lupa juga saya nak ucapkan tahniah kepada kesemua Pemenang kerusi Pilihan Raya Negeri atau Parlimen..so kuasa sudah ditangan gunakan sebaik baiknya…
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!








salam. saya menyimpan rm1000.00 sebulan dalam LTH melalui potongan gaji. pecahan 600 100 100 100 100 utk diri dan anak2 sejak anak2 berumur 4/5 bln. tapi tak brp membransangkan. unit trust? sukar difahami termanya dan risiko… simpanan diri?? tak sempat berganda… byk keperluan mendesak. saya ingin buat persiapan utk anak2. saya nak, by the time umur diorang 18 tahun dah ada sekurang2nya 30k. camano jang???
Walaikum salam. Tahniah nampaknya anda memang inginkan perubahan kearah kewangan yang lebih baik dan sudah merancang persiapan untuk keperluan anak anak anda.
Unit Trust hanyalah salah satu dari banyak tools yang boleh digunakan untuk mengandakan wang simpanan anda. Mengapa pula Unit Trust menjadi pilihan? Perlu diakui bahawa tidak semua dari kita mempunyai ilmu tentang pelaburan. Dan unit trust hadir untuk memenuhi keperluan ini.
Oleh kerana ianya merupakan instrumen pelaburan maka sudah tentu pulangan yang boleh didapati lebih tinggi berbanding simpanan biasa dan kebiasaan benchmark/target 10%-15% peryear kalo lebih satu bonus kepada anda.
Walaubagaimana ianya tetap terdedah kepada risiko tetapi ianya masih boleh lagi dianggap kecil kerana dalam jangkamasa panjang ia tetap memberi pulangan kepada pelabur.
Dana dana yang dikumpulkan diuruskan oleh mereka yang profesional, dan arif tentang pasaran yang disebut Pengurus Dana. Dan wang dari pelabur pula disimpan dan dijaga oleh pemegang amanah dipanggil trustee bagi menjamin wang para pelabur supaya selamat.
3 cara mendapat keuntungan melalui unit trust
1) Kenaikan Harga
2) Dividen
3) Bonus
Jadi soalan saudara bagaimana hendak mengandakan wang anak saudara menjadi 30K bila berumur 18tahun ialah dengan meletakkan kedalam instrumen yang memberi pulangan yang tinggi dan konsisten setiap tahun..dan cabaran saya sebagai unit trust consultant memantau bechmark pelaburan saudara supaya ianya dapat mencapai target yang saudara inginkan…
So berminat boleh contact saya…
ok… sejauh mana saya boleh meletakkan kepercayaan kepada unit trust consultant untuk menjana pelaburan tersebut. adakah jangkaannya tidak meleset lalu ‘menggeduhumkan’ wang pelaburan saya? sebab saya pernah meletakkan 70k kpd seorang yg menjlnkn forex atas keyakinannya yang hiper tapi dia telah geduhumkan modal saya.RISIKO, sebesar mana risikonya unit trust ini?
Baiklah yer saya rasa kalo saudara nak bandingkan pelaburan Forex dan pelaburan Unit Trust nih macam langit ngan bumi…sbb saya rasa jika saudara terlibat dengan Forex ada 2 kemungkinan
1) Pelaburan jangka pendek dan keuntungan lebih tinggi
2) Pelaburan berisiko tinggi dan saudara sudah bersedia untuk menanggung risikio yang tinggi juga.
Berbanding unit trust risiko tidak setinggi forex kerana itu didalam unit trust benchmark yang diletakkan oleh kebanyakan consultant ialah 10% to 15% pa dan anda ada kepelbagaian pelaburan tidak kepada matawang semata mata…Didalam Unit Trust kita ada risk yang dari yang moderate sehingga ke high risk (masih rendah berbanding forex). Oleh kerana Unit trust bersifat pelaburan jangka pertengahan dan panjang maka ia tetap memberi pulangan walopun risiko kejatuhan harga tetap ada.
Boleh contact saya atau ym saya di tazamfn kita boleh berborak panjang pasal unit trust ni atau contact saya
dan saya bersedia membantu anda. thanks