Lagi Pertanyaan

Orait ada lagi email yang saya terima tentang balance transfer ni so saya rasa baik saya kongsi dengan anda disini:-

1) Kalo dah buat balance transfer (BT)  boleh guna lagi tak Kredit Kad tu?

Tak boleh. Sebab anda dah gunakan kesemua limit kad anda untuk balance transfer. Tujuan BT adalah untuk meringankan beban pembayaran bulanan dan mengurangkan jumlah interest bulanan yang perlu anda bayar. Anda masih boleh menggunakan kad kredit anda jika anda tidak gunakan kesemuanya contoh Kredit Limit anda RM10,000, baki yang anda sudah guna ialah RM5000 dan anda masih ada RM5000 baki belum guna. Anda hanya BT RM5000.00 so ada RM5000 yang boleh anda gunakan. Jadi ada 2 bil untuk anda bayar 1 untuk BT dan 1 Kredit Kad biasa.

2) Adakah saya boleh gunakan kad selepas 3 tahun (max).

Ya boleh sebab kredit kad anda sudah habis dibayar.

3) Adakah perlu membayar kepada pihak syarikat MSP?

Tidak perlu kerana tiada bayaran dikenakan.

4) Bulan bulan nak bayar kat mana?

Pada bank yang sama kerana anda buat BT dengan bank. Pihak MSp hanya sebagai penghubung sahaja.

Kalo ada pertanyaan lain boleh email saya k….

p/s : Maaf saya sudah tidak menjadi agen untuk balance transfer ini lagi harap maklum untuk info tentang credit credit card anda boleh layari www.credit-card-amex.blogspot.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply