Mentor Jutawan #6

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
*Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak
sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat
sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya
mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai
mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti
percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang
mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali.
Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal.
Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu
gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan
berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu,
kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti
sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

 Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8 Mentor Jutawan ini, lawati http://www.mentor.cy-ber-shop.com untuk transkripsi keseluruhan temubual!

Article source - www.irfankhairi.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply