Millionare Minds Intensive

“Dont believe what you read and hear” T. Harv Eker

 Minggu lepas saya menghadiri seminar bertajuk Millionare Minds Intensive (Minda Jutawan Intensif) yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Mines Convention Centre. Kira kira hampir 5,000 peserta dari merata negara datang. Untuk saya ini adalah kali pertama saya menghadiri seminar sebegini ramai peserta yang begitu ramai. Aktiviti sepanjang seminar memang padat

Hari Pertama - dari jam 9.00 pagi - 11.00 malam

Hari Kedua - dari jam 9.00 pagi - 10.30 malam

Hari Ketiga - dari jam 8.00 pagi - 8.00 malam.

Ini juga merupakan kali pertama saya pergi ke seminar sebegini dengan mengeluarkan duit poket sendiri. Kalo dulu biasanya company yang hantar. Seminar ini juga tidak membosankan kerana pengisian dan cara penyampaian membuatkan saya rasa rugi untuk tidak mendengar apa yang ingin disampaikan.

Selama 3 hari berkampung disana ada 2 perkara yang dapat saya simpulkan cara mudah bagaimana jutawan berfikir dan jadi kaya.

  1. Investment (Biar wang bekerja untuk anda)
  2. Passive Income. (Bina seberapa banyak)

Saya percaya jika ianya terlalu complicated bukan sahaja penceramah tidak mahu memberitahu tetapi saya sendiri susah nak buat (betul ke betul). 2 perkara diatas pada saya amat mudah untuk kita lakukan malah mungkin ada diantara anda para pembaca sudah memulakannya.

Maybe dilain masa saya kongsi apa rutin yang boleh anda lakukan untuk mencapai 2 perkara diatas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

No Comments

Leave a reply