Tip Pemasaran Forum
Salam,
Just nak share jer beberapa tip memasarkan produk melalui forum:-
1. Pilih Forum Yang Sesuai
Prroduk yang dipasarkan melalui forum yang sesuai dengan produk anda dapat dipasarkan dengan mudah. Ini kerana, produk anda mungkin merupakan penyelesaian kepada permasalahan yang dibincangkan di dalam forum tersebut.
Jika produk anda berkisar tentang kaedah cari duit di internet,jadi forum yang paling sesuai adalah forum yang membincangkan cara-cara mencari wang di internet.
2. Ketahui Polisi Forum
Sebelum anda memulakan sebarang langkah pemasaran, sebaiknya anda mengetahui polisi-polisi yang ditetapkan oleh pemilik forum tersebut. Sebahagian daripada forum di internet ini tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti komersial dijalankan, sebaliknya hanya boleh dilakukan di bahagian signature.
3. Dapatkan Pengenalan Diri
Setiap forum memerlukan username serta avatar sebagai satu pengenalan kepada ahlinya. Jadi, dapatkan username serta avatar yang sesuai dengan produk anda.
4. Perkenalkan Diri
“Tak kenal maka tak cinta”. Tentu anda pernah dengar pepatah ni bukan?
Perkenalan merupakan satu langkah yang amat penting dalam pemasaran. Perkenalkan diri anda kepada warga forum sedia ada agar kehadiran anda diketahui dan dirasai.
Antara perkara yang perlu dielakkan adalah, usah sesekali menyatakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan “menjual”. Dapatkan impression yang baik daripada warga forum pada pertemuan pertama anda dengan mereka.
5. Bina Kredibiliti Diri
Forum merupakan satu alat yang lebih berkuasa daripada laman web ataupun blog dalam konteks membina kredibiliti diri anda.
Sedikit sahaja perkongsian berkenaan dengan kepakaran dan pengetahuan yang anda miliki sudah memadai untuk meningkatkan kredibiliti anda. Kredibiliti yang ada pada anda akan menyebabkan orang ramai yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk anda.
Jika ingin tip yang lebih mantap mungkin produk ini boleh membantu anda:
http://www.kuasaforum.com/index.php?ref=taza
p/s : Anda bakal mengetahui bagaimana seorang remaja berusia 17 tahun menjana lebih daripada RM1 ribu dalam masa beberapa hari di forum tanpa memiliki Website dan bersusah payah membawa trafik ke laman web.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!








